cabaran 20Hari | aktiviti di pagi raya

cepat2..lagi 5 entry #cabaran 20Hari perlu di publish sebelum menyusulnya
entry raya yang sebenar :)
kiranya ni nak bagi kita peluang throwback raya lepas-lepas la nampaknya ni...

di mulakan dengan entry #cabaran 20Hari hari ke-16...tajuknya aktiviti di pagi hari raya.
Pagi raya kS ada 2 stail , biasalah orang yang dah kawen ni mesti ada gilir pagi raya di rumah mertua dengan gilir pagi raya di rumah parents kita,kan.
Rasanya ada je setiap tahun cerita raya kS dalam notaharianmama ni, boleh klik Label "raya" kS, setiap tahun ada ceritanya tersendiri.
yang pasti aktiviti wajib macam makan-makan, bersalam-salaman, pastu sesi bagi duit raya..pastu bergambar kenangan tu antara perkara mesti lah tak kira pagi raya di rumah mertua atau di rumah parents.
solat sunat hari raya kS memang tak pergi, tunggu anak-anak besar sket katanya..huhu.
kebiasaan macam pagi-pagi raya ziarah kubur sebelum solat sunat hari raya pun tak dapatlah nak buat...lagi pun kat sini kawasan kuburnya diasingkan, tak macam kat kampung..
kuburnya di belakang masjid.
en.suami kS sendiri kebiasaannya akan ke kubur bonda pagi-pagi lagi 2-3hari sebelum raya,
dapatlah merumput bersihkan apa yang patut... raya nanti taklah ralat sangat bila adik beradik yang lain datang menziarah.

Panjang pulak cerita kuburnya,motif?


shahalam

nak buh gambar kat "tanah perkuburan" rupanya,
syahdu jer bila berada di tanah perkuburan...dalam bergembira jangan dilupa pada yang telah tiada,
kubur juga mengingatkan kita akan kematian.

...jangan nak takut tengok kubur sangatlah :)



You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook