June 3, 2015

Tips bijak menawan hati si dia

Assalamualaikum wbt.
mulai hari ini kS telah menambah "Rahsia Jodoh Kita" dalam senarai label di blog ini.
kepada kawan rakan taulan adik kakak yang masih tercari-cari/tertanya-tanya di manakah jodohku belumnya kunjung tiba,..rajin-rajinlah klik label "Rahsia Jodoh Kita" kat blog kS ni nanti
mana tahu ada tips yang sesuai nanti :)
kepada yang telah bertemu jodohnya pun ok je jengok situ,
ada jer tips menarik untuk kita-kita juga.

untuk hari ni, seperti yang dijanjikan kat tajuk tu,



*3 tips; cara bijak untuk kita menawan hati si dia...
tak kisahlah si dia tu mungkin seorang teman atau mungkin sang kekasih hati atau yang paling penting si dia itu adalah 'suami kita' yang sudah pun jadi milik kita.
jangan ingat lepas dah jadi suami kita dah tak perlu nak tawan hati si dia ye.

*1- INGAT waktu, hari dan tahun pertemuan/perkenalan kita dengan si dia.

Penting sangat ni, untuk kita mengingati dan mengingatkan semula kepada dia bila sampai waktunya setiap tahun akan waktu, tarikh, hari dan tahun pertemuan dan perkenalan kali pertama kita dengan si dia...sama seperti kita mengingati hari lahir si dia.
catatlah kalau takut lupa...
yang dah kawin tu especially,lepas bersalin banyak urat putus, tau :)

Ada pelbagai cara boleh dipraktikkan macam buat kejutan kepada si dia...telefon dia;

"Hai, masih ingat pada saya!"     

atau......"Awak lupa ke, hari ni adalah hari istimewa untuk kita berdua?"

atau......"Awak tahu?...hari ni adalah hari teristimewa buat saya."

Mesti si dia kita tu akan tanya apa yang istimewanya hari tu kepada kita?
ah'haa apalagi, ceritakan semula pada dia, tak perlu paksa dia ingat..tiap tahun kita ingatkan dia.

Bukan setakat ingat mengingati,
hari pertemuan pertama juga boleh disambut seperti kita meraikan hari ulangtahun kelahiran dan hari ulangtahun perkahwinan.

Kalau yang belum berkawin tapi sedang hangat bercinta tu pun perlu meraikan
hari pertemuan pertama ini
Apalagi yang sudah bertunang...perlu tau meraikan hari pertemuan pertama kita dengan si dia.
Paling indah...pasangan yang telah berkahwin, apalagi yang telah lama berkahwin...
menyambut hari perkenalan pertama ni in shaa Allah boleh menambah lagi perasaan cinta dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Mungkin suami komen..buang tebiat ke apa mama ni...relaks la..
si dia kita sedang control macho je tuu, dia segan, first time,kan..tapi percayalah dalam hati dia sebenarnya dup dap dup dap penuh rasa bahagia :)

*2- ada 7 hari istimewa yang perlu kita ingat dan sambut 

kalau kita mahu mengeratkan kasih sayang dengan si dia/ suami kita.

1] Hari pertemuan dan perkenalan pertama
2] Hari kita jatuh cinta
3] Hari si dia melafazkan kata cinta
4] Hari si dia melamar untuk memperisterikan kita
5] Hari pertunangan
6] Hari perkahwinan
7] Hari lahir si dia.

*3- jangan lupa hari-hari ini pon penting juga;

1] Hari si dia mendapat kerja yang ditunggu-tunggu
2] Hari si dia naik pangkat
3] Hari si dia pertama kali berkunjung ke rumah ibubapa kita
4] Hari kita pertama kali berkunjung ke rumah ibubapa si dia.

selamat mengingati hari kekasih kita...
tak perlu tunggu hari kekasih yang ntah sapa punya hari kekasih tu kita pula sibuk nak tumpang sambut.

2 comments:

  1. Pergh... DAEBAK Kak Sue.... memang elok dan molek catatannya...

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)