June 14, 2015

tertunailah hasrat si daun kunyit

Selamat menyambut kedatangan ramadhan al-mubarak dengan penuh kesyukuran
marilah kita berazam untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada bulan ramadhan ini dengan sebaik mungkin.

Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.”
maksud sepotong Hadis Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a.

di bulan ramadhan ni lah kita nak merebut peluang kumpul pahala senang-senang
...paling senang?




Jom masak! lebih terjamin kualitinya.
sediakan juadah untuk berbuka puasa, kejutkan ahli keluarga kita bangun sahur di samping menyediakan juadah untuk bersahur...semua dapat pahala tu.
lagi bagus kalau juadah yang kita sediakan itu datang dari duit sendiri, berganda pahalanya.
ingat satu jer!
janganlah sampai berlebih-lebihan sangat dalam menyediakan juadah terutamanya juadah untuk berbuka puasa, membazir pulak nanti.

aura masak memasak dah ON, semoga bertahanlah harapnya;



daun kunyit, yes si daun kunyit susah pulak nak dapatkan, time taknak adaaa jer dia
dapat jer daun kunyit...terus ON projek merendang :)

3 comments:

  1. Selamat menyambut ramadhan yg bakal menjelang

    ReplyDelete
  2. selamat sambut ramadhan dari aida juga ye.
    aida ntah boleh ke masak tiap hari tahun ni.
    sebab keje jauh dari umah hu hu hu...
    sampai umah maybe lagi few minutes nak berbuka!

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut ramadhan sue..semoga ramadhan akli ni penuh makna buat sue satu family,,, Masak sendiri di bulan ramadhan lebih best utk kita satu family,,, sama2 bantu membantu suami isteri lagi laa syiokk nak masak tak gtuu sue,,

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)