June 28, 2015

#Cabaran 20Hari | Pengalaman bersahur

Tajuk #cabaran 20hari | Hari Kedua adalah "pengalaman bersahur".
Semalaman jugaklah dok memikirnya..huh, memang terasa mencabarnya #cabaran 20Hari di bulan ramadhan ni gu pulak dengan mood menulis yang tak seberapa ni.

janganlupa,bangunsahur
#inikanpuasa

nak cerita pengalaman bersahur yang mana satu ni?
haha..bunyi macam banyak sangat pulak pengalamannya...pengalaman alarm handphone hilang deringnya kah atau pengalaman mimpi sedang aminkan doa imam kat surau,..bila tersedar diri rupanya memang betullah ada suara imam surau baca doa selepas solat subuh daaa pon?
hurmmm..tu pengalaman tak best tu.
meh nak cerita yang luarbiasa sketlah...macam bersahur kat luar, mencabar tu kalau dengan anak kecik sederet nih..padahal nak pi mamak jer ponnnn.
jadi memang jarang sangatlah nak keluar bersahur kat mamak tu.
tapi ada satu lagi jenis pengalaman bersahur kat luar yang sangat kS tunggu-tunggu ialah bersahur dalam perjalanan balik kampung untuk berhari raya..yeah! mood raya!!!
memandangkan en.suami suka memilih untuk memulakan perjalanan balik ke kampung selalunya pun di kala hari masih gelap 3-4pagi...jadi pilihan menu untuk bersahur kat drive-thru sahaja.
haaa'haa..pecah rahsia tak boikot mcD *time darurat jer tau.
musim perayaan memang tak boleh nak merancang bersahur kat RnR...sesak oihhh, jangankan nak beli makanan, nak park kereta pun payah tu tak campur lagi kalau anak tetiba bangun cakap nak buang air..kelibut sarungkan diapers..hehe.
silap haribulan bersahur dengan roti beli kat Petronas..huhu, memang kena standby siap-siap dah yang tu bila bawa anak-anak kecik berjalan jauh-jauh ni.
yang penting dalam hati tetap gembira sebab nak balik kampung,kan..sahur apa-apa pun ok je..hee
nanti dah kat kampung dapat bersahur bersama mak ayah yang dirindui..sabar2x
aippp..pikir perut en.driver a.k.a en.suami tu sama...sedih tau orang tu tak dapat beraya bersama adik-beradik di samping ayahanda tercinta lah dia kalau kena gilir beraya kat Kedah..heee.

ok, dahhh..nak blogwalking baca pengalaman bersahur kawan-kawan pulak.
Selamat Berpuasa :)

#Cabaran20Hari
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

1 comment:

sudi-sudikan... :)