June 27, 2015

#Cabaran 20Hari | Erti Puasa aiezzaSue

dengan lafaz Bismillah, kS memulakan cabaran untuk hari pertama ini.
dengan penuh pengharapan...semoga tidak kecundang di pertengahan jalan.
bukan saguhati yang dikejar...opsss, bulan pose takmo cakap tipu..takde sapa takmo hadiah aihh, heee

cabaran20hari, ertipuasa
 
#cabaran 20Hari | Hari Pertama
Bila bercakap pasal puasa, macam-macam jenis puasa pon ada tapi untuk cabaran ni..
semestinya bila tibanya bulan ramadhan menandakan tibanya....

*bulan yang diwajibkan kita untuk berpuasa...menahan lapar dan dahaga di siang hari

*bulan di mana setiap amalan baik yang kita lakukan akan dilipat gandakan pahalanya

*bulan untuk kita mendekatkan diri kepadaNya, memohon keampunan taubat atas segala dosa

*bulan yang bukan sekadar mengajar kita menahan lapar dahaga tetapi juga
bulan untuk kita mendidik hati dari melakukan kerja sia-sia seperti mengumpat, membuat fitnah, mudah marah dan macam-macam lagilah benda-benda negatif tu.

*bulan yang banyak mengajar kita erti kesabaran yang sebenar...jangan dilayan stress, marah-marah dan sebagainya tu yang boleh mengganggu ketenangan otak dan organ badan kita kerana bila perut kosong jika otak stress kesihatan kita boleh terjejas.

*bulan yang mengajar kita untuk berjimat cermat, sebab tu kita digalakkan membuat persiapan menyambut ramadhan dan syawal sebelum menjelangnya puasa, sebab bila di bulan puasa ni dah kurang mood nak membeli-belah tu..hehe, cuba check hati masing-masing...kalau masih ke arah yang sebaliknya tu, muhasabah diri cecepat...*peringatan untuk diri sendiri juga :)

*bulan ini juga bulan yang mengajar kita untuk menjaga kesihatan.
kalau sebelum ni asyik makan sahaja kerjanya, kini tibalah bulannya untuk kita memberi peluang segala organ badan untuk berehat, organ penghadaman, organ pencernaan, organ hati untuk aktiviti pembersihan,menukarkan lelemak lebihan dalam badan menjadi tenaga,..ok bab ni jangan lelebih,
seelokknya kita bagi yang lebih arif untuk menerangkannya.
pandekkata..badan kita pon nak service juga..bukan kenderaan saja :)

alhamdulillah, berjaya senaraikan sehingga 7 erti puasa yang difahami setakat ni...sekiranya ada tambahan sila tambah ya, kS sangat menghargainya.

Marilah kita sama-sama menjalani ibadah puasa ini dengan penuh keikhlasan tanda kasih sayang kita kepadaNYA..buatlah yang terbaik untuk Allah swt. kerana kita sayangkanNYA,
bukan semata-mata kerana perintah.
amin.

#Cabaran20Hari
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

2 comments:

sudi-sudikan... :)