June 2, 2015

alamak.alamak..plastik bocor

sejuk mendung tak nampak matahari lagi hari ni
bila suasana suram camni apa agaknya aktiviti yang korang selalu buat ye?..a'aaa, tido takmo!

pekata meh baca sesuatu yang bagus utuk diri sendiri, bagus diajarin ke suami,anak paling penting 'bini', sebab selalunya bini la yang kerap bocor plastik ni..tak terkecuali kS sendiri. ;(

plastik,bocor

* bila kita ambil wudhuk sehingga puashatilah dah cukup sempurna..kita sudah terlupa pada masa yang sama kita telah membazir air ---> plasik bocor.

* kita solat, bersedekah, membaca al-Quran...malah pergi balik umrah berulangkali dah pun,
tapi sibuk bercerita pasal orang tu orang ni, leka bercerita..ada pula yang ditokok tambah,
fitnahlah kiranya kalau cerita tu tak betul, kan---> plastik bocor.

* kita mengambil kesempatan untuk banyak bersedekah kepada mereka yang memerlukan,
tapi bila mereka sudah mula menerima kebaikan kita..secara sedar/tanpa sedar kita mempergunakan mereka sehingga melukai hati mereka ---> plastik bocor.

* kita berusaha untuk bangun beribadah di malam hari, tahajud, berpuasa dan taat kepada Allah,
tetapi dalam masa yang sama kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga
(atas alasan peribadi) ---> plastik bocor.

* kita berpuasa, bersabar menahan lapar dan dahaga tetapi suka bersumpah, mengganggu dan mengacau ketenteraman dan tak boleh mengawal kemarahan ---> plastik bocor.

* kita suka mencantikkan diri...berjubah abaya bertudung litup, tapi bau minyak wangi tu kuat sangatlah ;) ---> plastik bocor.

* kita muliakan dan layan baik tetamu yang bertandang, tapi bila dia sudah balik..kita bercakap belakang bercerita tentang kekurangannya ---> plastik bocor.

* kita berkorban kesenangan, sanggup berhenti kerja demi anak dan suami tetapi sering merungut mengungkit membuatkan mereka rasa beralah ---> plastik bocor.

* kita berdoa mohon keampunan, Allah beri kita sakit..dan kita mula merungut sehingga mengganggu/memberi tekanan kepada orang sekeliling, sedangkan kita tahu sakit adalah sebahagian dari pengampunan dosa ---. plastik bocor.

sesamalah kita bermuhasabah diri.
janganlah kita sibuk mengumpul semua amalan baik ke dalam plastik yang bocor.
sebanyak mana pun kita berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah.

4 comments:

  1. Perumpamaan yang sangat simple dan bermakna..

    ReplyDelete
  2. DEEP KAk Sue... DEEP.. PErumpaan yang tidak terfikir oleh akal Along :)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)