Kenapa merokok "Haram"

Assalamualaikum wbt.
Jumaat eh, arini?
...sebbaek teringat sempatkan juga azam nak up entry yang "elok-elok" di hari jumaat
walau dah sedikit petang :)


cite pasal rokok hari ni,
kenapa Fatwa Kebangsaan telah menghukum "Haram" untuk merokok.
"haram" means, berdosa lah kalau teruskan merokok.
tak takut dengan "dosa" ke?
dalam al-Quran takde bab "haram" merokok ke?

"Rokok itu sendiri tidak perlu lagi diragukan ke"haram"annya kerana semua orang pun tahu betapa memudaratnya merokok kepada kesihatan perokok itu sendiri,
dalam masa yang sama turut memberi kemudaratan kepada orang-orang di sekeliling perokok itu pula.
Sedangkan mengganggu keselesaan orang lain pun adalah satu larangan, inikan pula melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan nyawa  orang lain???

Rokok itu tergolong dalam kategori benda jijik, sementara merokok itu adalah satu tabiat yang buruk kerana mudaratnya sangat besar kepada diri serta orang lain.
merokok juga termasuk dalam kumpulan yang melakukan pembaziran kerana biasanya seorang perokok sukar untuk mengawal diri daripada membazirkan sejumlah wang yang banyak untuk menampung ketagihannya,..walaupun sedar yang merokok itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada dirinya."

Kenapa perokok ada hukum dan pendapat yang sesuai yang menyokong perlakuan "merokok"?
semata-mata atas dasar kepentingan peribadi dan tuntutan hawa nafsu?

Komen, jom?

You Might Also Like

1 comments

  1. Takleh nak kata gapo dahh...bab2 ni perokok mmg handal berbicara huhu

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook