Review Nota Purba | si kacak 'FR' blogger yang mesti anda terjah!

Anda mungkin sudah tahu apa itu #EFG. 
EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. 
Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui , ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.

Bermula hari ini, setiap seorang ahli EFG ada di 'review'. 
Dan insan pertama yang bertuah di review adalah blogger yang menetap di Selangor.

Di kenali dengan nama pena FR atau Fendi Rocka, 
di mana 'rocka' itu menurut Fr adalah kekuatan pada dirinya untuk terus kental dalam menempuh ombak yang  mendatang...tak kiralah dalam kehidupan seharian atau di dunia maya ini sendiri.

pemilik blog penuh misteri ini menggarapkan hasil tulisan yang tersendiri penuh berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari.

Blog beliau "Nota Purba" pasti akan menjadi salah satu blog yang anda tidak lupa untuk singgah selepas ini. Sebab apa? 
Yang tu anda kena pergi sendiri ke blog Fr. 

 fr





Setuju jika saya katakan;

"satu entry sahaja sudah cukup untuk menjawab persoalan di atas?"

Blog yang jauh dari gosip-gosip liar 
"Nota Purba" berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian, seperti diari kita mungkin....
tetapi, bila setiap bait dan baris-baris notanya yang begitu bersahaja cukup indah untuk dibaca 
sudah cukup untuk memberitahu/ membawa kita kepada satu penceritaan tentang diri seorang yang  sungguh berseni..dialah Fr.
ya, seperti pengakuan penulis itu sendiri,
ada kisah ada rasa yang boleh diceritakan semula di satu masa terkehadapan..
mungkin pada kehidupan yang akan datang? ...cukup untuk mendefinisikan kenapa "Nota Purba"

Jika di lihat dari mata kasarnya dan di baca dari nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog "Nota Purba" yang penuh misteri.

Fr merupakan ahli EFG yang ke 24 daripada 41 orang ahli EFG. 
Walaupon EFG mempunyai ramai adik-beradik, Fr sangat disayangi dan disenangi oleh semua adik beradik EFG. 
Fr yang kuat mengusik itu mengeratkan hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia di alam maya.

Kata-kata kekuatan FR dalam hidup adalah "Move on!"

Fr seorang yang kelakar. Pasti semua terhibur bila ada Fr. EFG sudah menemuramah Fr secara maya dan jawapan bagi soalan di bawah ini dah boleh memberi clue siapakah Fr sebenarnya. 
Haha 

What is chemistry in academic words (not less than 200 words) 😄

"Chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan, timbul buih-buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situ kimia jahat memainkan peranan. ulang 50 kali utk cukupkan 200words."; FendiRocka


You Might Also Like

20 comments

  1. go #exchangefeedgroup hehe cewah abg fr tuuu..hehe

    ReplyDelete
  2. cubaan sel2 puitis mula masuk ke dalam ruang kosong di pojok minda saya

    ReplyDelete
  3. wajib terjah

    memang misteri orangnya.. jom kita bongkar ^_^

    ReplyDelete
  4. hanya berkisah tentang dunianya sendiri. x jemu baca entry FR

    ReplyDelete
  5. Fr seorang yang kelakar tapi pcl sekadar permerhati di kopitiam...tak sempat nak mencelah .

    ReplyDelete
  6. Penulisan mmg kelakar dan adakala menyentuh hati

    ReplyDelete
  7. Fendi Rocka dengan blognya Nota Purba mempunyai penulisan kreatif yang mampu memikat hati sesiapa yang membacanya

    ReplyDelete
  8. Kegelapan BLOG FR mencerminkan kepurbaan nota yang ditulisnya.., Namun, kepurbaan notanya membawa 1001 nilai yang berharga..

    ReplyDelete
  9. Semoga Fr diberi idea untuk berkarya dan mewarnai dunia blogger...

    ReplyDelete
  10. Semoga Fr diberi idea untuk berkarya dan mewarnai dunia blogger...

    ReplyDelete
  11. Seorang FR yang misteri :D #EFG Awesome

    ReplyDelete
  12. Nota purba mmg awesome dgn adanya Fr sebagai penulis

    ReplyDelete
  13. jangan biarkan diri anda diselebungi misteri...hihi

    ReplyDelete
  14. penulisan yang tak jemu dibaca :)

    ReplyDelete
  15. Blog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)

    ReplyDelete
  16. senyum sumbing kalau komen kat blog FR

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook