Review Aku Penghibur | "ACIKstyle"

unik,versetail
Aku penghibur? 
Apa yang nak di hiburkan? 
Macam mana nak menghiburkan?


Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com
Unik dan versetail. 
Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. 
Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. 
Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". 
Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging acik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. 
Acik juga seorang yang 'low profile' 

Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.


Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Di sini saya petik satu entry acik yang tersenarai di carta top 5 blog akupenghibur.com


"Allah temukan jodoh kita pada keadaan dan masa yang tepat"
tajuknya sahaja pun sudah seperti magnet bisa menarik perhatian sesiapa sahaja untuk membaca, samada yang sudah bertemu jodoh apalagi yang masih tercari-cari...
nak tahu apa isi kandungannya, jom ke blog acik :)

Akhir kata, selamat maju jaya untuk "abang efgiers" ini, semoga terus bersinar 
menjadi penyuluh kepada semua.


You Might Also Like

8 comments

  1. Gaya penulisannya amat menghiburkan pembaca yang bertandang ke blognya..

    ReplyDelete
  2. terima kasih ..May Allah bless you 😄

    ReplyDelete
  3. blog achik sesuai sgt jdkn rujukan..:)

    ReplyDelete
  4. menghiburkan sambil menasihati dan bermotivasi

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook