makan-makan sempena Aqil 6 bulan

Perlu diingatkan!
sila buang semua angan nak tengok kek kalerful 6 tingkat kat sini
dessert menggoda berani mati semua tu pon tak ada kat sini
sebab......
sebab...........
meh letak gambar kuning yang entah bilanya sunday ni dulu sebagai intro;

masak, makan





menjawab sebab kat atas tu,...
bersempena aqil 6 bulan, ini aje yang boleh di makan ye, sayang :)

buburnasi, moi

oppss, ini pon versi mak dia tolong perabih baki bubur dalam periuk,
selera aqil adalah lenyekan bubur nasi yang dicampur sedikit isi ayam bersama sayuran hijau dan kentang semestinya lah yang direbus empuk dikisar ala kentang putar kfc tu :)

setelah beberapa percubaan try n error
nampaknya baby ketiga kS ni lebih berminat dengan bubur nasi sebagai pilihan makanan solid pertamanya.
bila bagi puri buahan dan sayuran seperti yang menjadi kesukaan kakngah aisyah dulu....
macam-macam mimik muka di buat aqil..."tak macho la aqil makan epal stim tu mama"..hehe
tapi kalau bubur nasi,...mama baru pegang sudu aqil dah siap-siap buka mulut :)

ikut dulu rentak dia, pelan-pelan kita add on lah nanti buah-buah dan sayur tu ke dalam bubur nasi dia,
belajar dari pengalaman lepas,
sebaiknya dibetulkan sedari awal moga-moga anak kita tidaklah keterlaluan "picky eater" nya.


You Might Also Like

3 comments

  1. seronok bila lihat perkembangan anak2 kecil, kak ana anak2 dah besar2 cepat je masa berlalu.

    ReplyDelete
  2. wah Aqil dah makan bubur yea...
    yum yum...

    Bonde nak cikit

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook