Benda pertama korang buat sebaik masuk ke dalam kereta?

YES!..on enjin dan turunkan cermin tingkap..untuk bagi laluan kepada udara panas keluar,
Nak cepat?..jalan je dengan cermin tingkap yang terbuka,berilah sedikit masa pertukaran udara 
di dalam kereta sebelum on aircond.
Jangan terus on aircond sebaik masuk ke dalam kereta...ingat tu!

kenapa?..tahu tak kenapa?
cikgu kat sekolah memandu pon pernah pesan,maasihkah kau ingatt?
Err..kat dalam buku panduan kereta korang pon ada tulis pasal ni, cuba selak balik :)



apapun mehlah kS cerita serba sket alang2 korang dah datang baca ni,kan

dulu msa budak2 lagi lah orang kata,
fikiran pon tak berapa nak panjang lagi..cerewet tak terkata kS ni..itu tak boleh ini tak boleh..
hinggakan bau kereta pon tak boleh..hehe
rela naik kereta orang lama sebab taksuka aircond kereta.
ada bagusnya juga cerewet ni selagi tak menyusahkan orang lain lah kan.:)

korang pernah terperasan tak pada satu bauan sebaik kita masuk ke dalam kereta?
Bau tu sebenarnya adalah bau kerusi..dashbord kereta, saluran aircond dan objek-objek plastik 
di dalam kereta,tu belom campur lagi bau kasut jogging petang semalam lupa nak bawa keluar,
bau koleksi kasut masut bergaya yang memang siangmalam dok dalam kereta..
dengan stokin busuknya lagi..uishhh

Dikatakan, bau bercampur aduk yang  terkuap itu akan mmbebaskan gas benzene,
sejenis toksin yang boleh menyebabkan kanser selain meracuni tulang, menyebabkan anaemia 
dan mengurangkan sel-sel darah putih.

pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan leukemia dan meningkatkan risiko beberapa jenis kanser.
ia juga boleh menyebabkan keguguran pada wanita.

Gas benzene ada di sekeliling kita sebenamya, 
tahap selamat di dalam rumah adalah 50mg bagi setiapkaki persegi.

Sebuah kereta yang diletakkan di dalam rumah, dengan tingkap tertutup, akan mengandungi 400-800 mg Benzene - 8 kali melebihi tahap yang selamat.
Jika diletakkan di luar rumah terdedah kepada sinar matahari, pada suhu melebihi 60 F, tahap gas Benzene akan meningkat ke paras 2000-4000 mg, 40 kali melebihi paras yang selamat.

bayangkan kita setiap hari cepat-cepat masuk ke dalam kereta kerana tak tahan berpanas kat luar, tanpa menurunkan cermin terus on aircond full lagi, dah berapa ribu mg kita sedut

toksin benzene yang berlebihan tu agaknya.

Benzene adalah toksin yang menjejaskan buah pinggang dan hati. 

Apa yang lebih teruk lagi, ia adalah amat sukar untuk badan kita menyahkan bahan toksik ini.

Ramai antara kita akan berada di dalam kereta sejak awal waktu pagi sehingga pada waktu malam, dalam tempoh 7 hari seminggu....
belajar-belajarlah buka cermin tingkap dan pintu kereta kita- memberikan sedikit masa untuk pertukaran udara keluar.
- (demi mengelakkan hal-hal yang boleh membawa risiko di kemudian hari) -

sekian, entry khidmat masyarakat kS untuk kali ni :)


You Might Also Like

2 comments

  1. perkongsian yang bermanfaat. ciptaan manusia yang punyai banyak kelemahan

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook