Cara buat sambal tumis sedap dan kurang pedas

Mungkin ada yang belum tahu cili kering pon ada jenis-jenisnya.
ada cili kering pedas, ada cili kering sederhana pedas dan ada juga cili kering yang tidak pedas.
Antara 3 jenis cili kering ini saya belum berkesempatan mencuba cili kering yang tidak pedas itu, 
belum pernah jumpa sebetulnya.  
Terpikir juga kenapa nak masak sambal kalau tak mahu rasa pedas.
tentu mereka ada alasan tersendiri.
seorang kawan ada bercerita yang cili kering dari jenis tidak pedas hanya boleh didapati
di negeri Kelantan...kena sangatlah seperti yang kita sedia maklum iaitu makanan di negeri Cik Siti Wan Kembang kebanyakkannya manis-manis belaka, sambal tumis pun manis, betul?

Panjang betul mukadimahnya,
bak kata cikgu saya di whatsapp...blogger perempuan mukadimah mesti panjang :)

Sebenarnya semalam saya sudah terbeli sebungkus cili kering(rm2.99) yang paling pedas dek kerana tertarik kepada warna merahnya yang menyerlah.
sekali pandang cili kering tersebut sememangnya berkedut seribu, bukankah itu antara ciri-ciri cili kering sederhana pedas?
tapi bila saya asyik terasa nak bersin sejak di awal proses menggunting, membersihkan dan sebagainya itu, memang tak syak lagi...cili kering itu dari jenis  paling pedas.
Jangan membazir!

Nak tahu bagaimana cara untuk kurangkan rasa pedas pada tumisan sambal saya,
jom ikuti tips ini;

  • 1/2 bungkus cili kering di gunting untuk memudahkan proses keluarkan biji, dibersihkan dan rendam dalam air mendidih atau rebus sehingga kelihatan lembut.
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit garam
  • sedikit minyak masak yang berfungsi untuk menghancurkan biji cili yang tertinggal
  • air secukupnya 

Campur semuanya ke dalam blender dan kisar halus.
Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara dan biarkan kisaran tersebut terperap sehingga 1jam atau lebih kerana lebih lama terperap lebih sedap sambal tumisnya nanti.
Ini kerana bahan kisaran tersebut telah sebati bergaul semasa dalam proses pemerapan berbanding jika terus ditumis selepas dikisar, nak tahu betul atau sama sahaja rasanya...sila lah mencuba tips ini.
Bila mahu menumis sambal cuma tumis sebahagian yang diperlukan, bakinya boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Tumislah seperti biasa kita membuat sambal tumis...jangan lupa tambahkan gula garam secukup rasa juga air asam jawa atau sekeping dua asam keping.
Bila tumisan sudah pecah minyak boleh juga masukkan hirisan bawang besar.

Selamat mencuba :)

You Might Also Like

6 comments

  1. cantik la blog Kak Sue... sejuk mata memandang... :)

    tQ utk tips sambal tumis sedap tu ye.. lepas ni akan pastikan blend lada lebih awal and simpan dalam bekas lama2 skit... hehehehehe...

    ReplyDelete
  2. k.sue..sambal tumis apa pun memang sedap..masa kecik2,sambal tumis ikan kembung mak khaty paling terbaikk sehingga hari ini..khaty dah cuba buat tak jadi

    ReplyDelete
  3. sambal tumis kalau pedas sgt mmg x sedap kan... rasa kena balance pedas manis masin masam baru sedapppp

    ReplyDelete
  4. sambal memang sedap..makan dengan nasi panas2..tgkap cintan..hahah

    ReplyDelete
  5. tips yang sangat berguna kak sue. Tapi saya peminat makan pedas

    ReplyDelete
  6. >> blogger perempuan mukadimah mesti panjang << saya setuju kak sue. hehehhe..


    kadang2 tu malas nak amek peduli. masak je.. pastu merana diri sebab pedas sangat. hahaha

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook