"bekal" as requested!

dah tetengah malam ni gigih lagi menjengok2 blogger yang up entry pasal bekal bento bagai ni
untuk anak bawa ke sekolah...sesambil cedok idea lattewww ;)
comey2 bento...memasing anak gegurl memang semangatlah nak hias bagai

meh nak cerita pasal abanglong kita yang dah sekolah tu
memacam cerita memacam ragam semua ada kat dialah...sayangnya tak terkejar nak tulis sini
super sebok sketlah mamanya ni bila abanglong request nak bawak bekal hari2...sampai sek.men. sampai universiti pon nak bawak bekal..katanya
hamboiii...penangan dapat kawan bawa bekal lah ni ;)

seminggu yang pertama,
bawa duit untuk belanja...beli kat kantin sekolah
bila tanya beli/makan apa tadi kat sekolah...hari2 jawab nasi goreng
kawannya hari2 bawa bekal..katanya
pastu time rehat makayah kawan datang teman makan kat kantin
abanglong pon join makan sekalilah dengan family kawannya tu...makan bekal orang tu sekali
tu yang dapat aura berbekal agaknya.
anyway, tqsm lah kat makayah kawan sebab tengokkan abanglong sekali kat kantin.

masuk minggu kedua..abanglong pon start bawa bekal ke sekolah
menu as requested tau!

selera 3.30pm...minum petang pon makan nasi anakku ini :)
gambar ada 4 jer, khamis nye tak snap...kemainnn, nak bawa nasi ayam
malas mamanya nak melayan..dengan sup kicap semua tu...suruh dia lunch kat rumah kenyang2 
untuk bekal just goreng hashbrown+nugget...tak makan plak dia
laju jer beli nasi goreng kantin sekolah.

ke sekolah KAFA pepagi pon berbekal
seminggu pertama tu dapat makan minum free
masuk minggu kedua dah takde dah...so kena bawa bekal untuk makan time rehat 9.30pg.
dah pepagi sebelum 8 dah sarapan kat rumah
nak bawa apa ye untuk kudap2 time rehat KAFA...mama sila buat list kudap2 yang abanglong suka ;D

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook