al-kisah kelas 1intan #1


jiwa mak-mak ni biasalah
kalau boleh hari-hari nak suruh anak cerita segala benda yang dilalui masa kat sekolah
...yang best mama tumpang seronok, yang tak best mama tumpang gelisah tak senang duduk..hehe

macam cerita "nobita & giant" ni :)
.....alkisahnya, tiba-tiba dalam kelas ada watak 'giant' yang suka menyakat watak-watak 'nobita'
sket sebanyak terganggu gugatlah jiwa 'nobita' kami
tapi belum sampai tahap mama kena pi jumpa cikgu kelas lah
setakat ni nobita kami hanya di usik ketika dalam dewan (if duduk dekat2 dengan giant tu)
so...elak duduk dekat2 dialah...dah la hari-hari kena melepak a.k.a melepok dalam dewan sementara tunggu budak kelas pagi balik.

tadi...dah ada sorang mak kepada sorang 'nobita' dalam kelas tu datang jumpa cikgu minta anak dia ditukar tempat duduk...
tengok2 nobita tu cikgu tukar duduk sebelah nobita kami
kawan baik kena pindah dok nun kat belakang...
tapi keluar rehat masih sama-samalah
tadi jumpa mak kawan baik...rupanya esok lusa kawan baik akan bertukar sekolah
harap2 Luqman tak terkesan sangat bila tetiba kawan baik dah takde
pandai-pandai cari kawan baru ye
tu dah ada kawan baru datang dok sebelah tu dah cukup hikmah pada mama
...sama-sama 'nobita' lagi ;D

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook