'bout oct.19...kenduri sambut menantu #pakLangdahkawen

1 muharam arini......
salam maal hijrah 1436H

dengan nama Allah yng Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir seluruh alam
rahmat dan sejahtera  ke atas junjungan kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah!
dikaulah tuhan yang kekal abadi, yang maha Qadim(sedia ada) lagi Maha Memulakan!
demi kelebihanMu yang amat banyak dan kemurahanMu yang melimpahruah;

kini telah datang tahun baru yang muncul di hadapanku
daku memohon pemeliharaanMu di sepanjang tahun baru ini  daripada tipu daya syaitan yang direjam,
para pembantu dan bala tenteranya.
daku memohon pertolonganMu mengalahkan hawa nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan,
dan daku juga memohon pertolonganMu dalam usaha mendekatkan diriku kepadaMu;

wahai yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
selawat Allah ke atas junjungan kami Muhammad, nabi yang 'ummi' dan ke atas ahli keluarga serta para sahabatnya kesejahteraan
dengan rahmat Mu wahai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Perkenankanlah!

assalamualaikum...
hari ni harapnya dapatlah abiskan satu lagi entry kenduri kat kampung...
kenduri sambut menantu perempuan pertama...dah seminggu pon kejadiannya :)


dimulakan dengan tugas cucu pertama tuan rumah.... sapa lagi mr.Luqman kitalah
suka dia nak menolong...dari mengisi hadiah2 ke dalam goodie bag sampailah ke part pi pasang bunga manggar kat simpang masuk kampung...signboard ayah dia tolong buatkan
pastu naik motor ngan pakLong anuat pi pacak bunga manggar...ayah takmo ikut dia kata orang dah tak pakai bunga2 manggar lah sekarang..huhu
tapi buat2 lupa plak nak sponsor segulung dua bunting ada gambar pengantin ;D
so,takdelah gambar kenangan orang tu pi pasang bunga manggar


puan rumah in action :)
awal dia bersiap kenduri kali ni...nak pi menjemput menantu bawa datang rumah
pastu dok seboklah panggil geng2 yang nak ikut pi menjemput suruh makan dulu

yang ni anak perempuan kedua tuan rumah pon sebok nak ikut pi menjemput jugak...
bawak sekali 2hero kesayangannya...
eh, tetiba ada mr.ustaz kat belakang tu..dok meronda ditemani si 'miasara' nya ;)
kemain depa..balik kampung mama sorang jadi ustaz sorang jadi miasara aihh...hehehe

makbuyong dah ready kat meja goodiebag ganti jadi puanrumah sementara mak pi jemput menantu
lega sket hati bila nampak bayang kakak puan rumah dah sampai diiringi kakak2 sepupu
boleh ajak wa duduk sebelah..pasai puanumah muda ni tak berapa nak kenai dah sedaramara yang jarang2 jumpa tu..satgi tak pasai2 kena duatiga daihh..hahaha


my adik perempuan dengan anaknya..danish iman (no.2)
baru balik dari pi menjemput menantu...

ok...menantu dah sampai....pink belacan tema pilihan pengantin di majlis sambut menantu

pelamin tak buat, makbuyong kureng mood malam eddy excident tu..
so, terus dok kat meja pengantin dan makan...
time tengah ramai..rombongan pengantin terpaksa masuk dok dalam rumah sementara tunggu ada meja kosong..laman tak berapa nak luas kot nak tambah khemah khas untuk rombongan pengantin..tapi sat saja..geng2 sekampung puan rumah expert dah bab2 nak adjust meja ni :D


jadi mc plak depa....:D
siap tetamu jerit minta si abang tu menyanyi...hehe
mr.ustaz dah buat muka dahhh...perasan tak?...hehehe

pengantin dah datang...puanrumah utama pon dah balik...dapatlah puanrumah muda dok di kerusi
belakang2 meja sambut tetamu tu

baru teringat nak snap sekeping dua gambar tuanrumah...my ayah yang baju biru tu
kat sebelah dia yang cool tu tok imam 

puanrumah kembali mengambil tugas bersalam dengan tetamu...
rileks je dok kat kerusi tunggu orang mai bersalam...salam bersambut gittewww

dengan geng2 sepupu sepapat depalah ;D...awat pakat takmo tengok camera aihh
mentang2lah snap guna hp saja..hehe

alhamdulillah...makanan berlebih2, sampai ke petang...risau jugak sebab boleh tahan ramai yang datang
geng2 sekampung puan rumah siap masak gulai nangka dengan talang masin, acar buah, kerabu mangga bagai kat belakang rumah..persediaan kot lauk abih awal
ada booth laksa lagikkk..bermangkuk2 makbuyong makan..hehehe

gambar hantaran tak tersnap...kan?
masuk snap kat dalam bilik pengantin..sekeping dua yang pengantin perempuan bawak mai
hari ni...bunga telur dah tinggal tunggul :)

pastu terus bersiap2 kemas beg gerak balik shah alam...mr.Luqman nak exam isninnya
singgah tengok eddy kat spital sat
bergambar dengan pengantin pon takkkk???

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook