demam harijadi

seminggu bercuti...ahad yang dinanti tak seperti dirancang
boleh pulak birthday boy demam pepagi hari lahir
melepek seharian tapi badan idaklah sebahang mana...kasi birthday boy rehat betol2.
malam baru bangun makan nasi berlauk ayam paprik dan telur dadar
maaflah mama masak ala kadar jer malam ni....
senang hati bila birthday boy nak tambah nasi.

gambar malam semalam...berebut2 2beradik menyudu bandung cincau air tangan ayah


21 sept. 2014
selamat hari ulangtahun ke 6
untuk
anugerah pinjaman terbesar dari Allah ini
sebesar anugerahNYA
sebesar itulah tanggungjawab yang datang bersama.
doakan semoga anugerah yang dipinjamkan ini
dapat kami tatih dan didik sebaiknya
agar dapat kami pulangkan semula kepada penciptaNYA
dalam keadaan suci bersih sama seperti permulaan kehadirannya dalam hidup kami,
ameen.  


You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook