sabtu&ahad...hari2 sebok menjelang hari raya

sekeping gambar pon tak ditangkap...huhu
pagi2 sabtu start misi mengemas rumah...sebok mintak tolong orang tu orang ni alihkan kerusi meja termasuk peti ais dan cabinet2 boleh alih kat dapur mak
pastu gigih sapu satu rumah,..pehtu sakit belakang..hehe
pastu mulalah nak arah orang tu orang ni sambung mengemop mengelap bagai
memang tak senang duduklah adik2ku bila kakak sulung depa ni balik kampung..hehehe

sebelah petang plak...adik yang perempuan galas tugas masak memasak juadah untuk berbuka
yang kakak ni tersandar ceruk dapur menguli mengentel kuih siput,
ngidam nak rasa buat sendiri gitew ;)
malam tu semua pengsan.

pagi ahad lepas sahur berkumpul kat dapur...sempat la siap 3jenis kuih raya..ada samprit cheese, cupcake coklat dan muffin strawberi...sebelum mak start kacau pulut untuk dibuat ketupat palas.
seboklah menumpang balut ketupat..sesekali kena la asah balik skill balut ketupat tu
alhamdulillah, menjadi ketupat palasku even 2tahun sekali buatnya ;)
buka puasa petang terakhir ramadhan tahun ni...puashatilah makan ketupat palas cicah gulai ayam pekat mak :D


malam raya...api bunga api menitik kena jari kaki Luqman,
lepas sapu minyak terus masuk tidur orang tu ;D
malam2 seterusnya dia cuma nak pegang jenis besi ni jer..yang merah kuning asap berkepoi2 menyala macam lilin tu langsung tak pandang dah..

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook