menjengok mertua @shah alam


aidilfitri tahun ni...raya ke-7 baru sampai umah mertua...huhu
seperti selalu 'abah' sensorang kat umah..baru selesai makan nasi goreng tengahari tu
dalam diam...memang ada rasa kasihan pada abah selepas dia buat kata putus takmo dah mencari pengganti emak sebab ada antara anak2 yang macam kurang bersetuju
tapi..petang tu dia nampak happy bercerita raya dia tahun ni
anakmenantu yang kat jb dan taiping semua balik beraya kat shah alam tahun ni..kira malam raya tu
meriahlah kat umah abah...gembira mendengarnya,
even keluarga kami jer la yang takde kat umah abah pagi raya pertama hari tu.


eh, ada jugak rupanya kenalan2 lama dalam list fb yang baca blog ni...segan ciksu ;)...*read:Pn.Sue.
err...gambar raya kat kg nampak muda eh?...camni la rupa ciksu yang tengah pregnant anak no.3 ni...muka dah berumur sembab plak tu, janji anak&ibu sihat, kan ;)
...in shaa Allah, semoga dipermudahkan semua urusan, amin3x


kelek sebiji cempedak dari kg yang dah ada bau tanda2 dah masak ke umah abah
kalau anak2 ok..mood baik lepak lelama umah atok bolehlah goreng cempedak petang tu
tapi atok cakap dia lagi suka makan camtu jer...
ermm..tak payah gorenglah kalau camtu..biar atok simpan peti ais, boring2 boleh dia makan.
lepak2 makan kuih raya atok yang macam2 jenis ada atas meja tu,
yuk kita ke umah ngah Atah(adik abah) plak...dekat2 tu jugak umahnya.
err..tapi nape isterinya kami panggil makcik Rose plak..dah sorang pakngah sorang makcik di situ?
makan rambutan kat umah dia...siap dapat seplastik untuk dibawa balik, aisyah jumpa rambutan,,makan bukan tau berhenti :D


balik umah...check semua cempedak yang dah ada bau...suami bukakan siap2 masuk tepawe
simpan dalam peti ais
bermulalah sesi menggoreng cempedak pagi dan petang
Luqman punya jamuan hari raya kat tadika pon kubekalkan cempedak goreng bersama
sebekas kek pisang :D


tak puas makan, hadap sepinggan cempedak goreng panas2 bila dah balik shah alam ni
dok teringat pulak kat juntaian cempedak nun kat kampung
hari tu kat kampung...hari2 pagi petang siang malam goreng cempedak jamu tetamu yang mai beraya
sendiri makan seulas dua...dah balik sini, mulalah teringin balik..iskhh!
mak tak boleh tau ni..satgi jenuh abang pos laju nak dukung cempedak hantar kat kami..hehe
semalam dia call bagitau ribut kuat kat kg, patah sedahan rambutan yang baru start masak,
raya tu hari lom masak lagi, 
atok kg ambik jugak yang masih hijau tak masak tu bagi aisyah yang makan rambutan tak tau nak berhenti tu,
tu dah nak pos mai dah tu :D :D :D

alang2...boh sekeping lagi gambar makanan ;D
balik shah alam..start masak simple2 balik laa...masih malas nak masak beria di sianghari. 
buat nasi lemak..sambal telur ekspress habih,tak sampai 5' siap ;D


You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook