Pengalaman '20minggu' pertama

tak seronok la pulak...bila terperasan langsung tak tulis apa2 lagi kat notaharianmama tentang kandungan yang ke-4 ini, mengandung kali ke-4 tapi anak baru nak masuk yang ke-3 lah.
since baby kat dalam dah start jentik2 perut mama menjelang minggu ke-18 ni
kadang ada gerak2 kecil sesekali
mengeras menbonjol comel2 je pon dah beberapa kali..
marilah kita catat elok2 detik2 tu kat sini :)

Alhamdulillah 3x
diberi peluang untuk merasa lagi pengalaman mengandung di kala usia dah pertengahan 30an dah ni
sedar diri dah tua tak pikir panjang dah menonong serah diri ke Klinik kesihatan
papehal buat buku pink dulu
redha jer la bila appoinment kedua dalam rela paksa ku minum air gula---huhuhu
resultnya pulak sudah ditahap kena berjaga2...7>..lagi berapa point jer lagi nak masuk kump. yang kena berulang-alik pi klinik, 4x ambik darah satu hari???
....ya Allah kau permudahkanlah urusanku, amin3x

so, marilah kita menjaga makan
err..actually tak berapa nak berselera makan sangat dah pon selepas berjaya wean off si aisyah
tapi timbang berat naik 2kg sebulan...terlebih makan yang merapu la kot ni
klau masa luqman dulu suka yang masam2, masa aisyah suka yang manis2...
kali ni masam suka manis pon dah start suka dah niii


kalau masa first trimester aisyah stil nyusu...mama memang selera abih makan nasi
hari2 nak bungkus lauk kat luar....langsung takde keinginan nak masak2
aisyah pulak elok2 minum horlick guna cawan...nak wean off punya pasal
sekarang siang malam minum botol lah anak dara nan sorang tu

minum horlick tapi makin keding ku tengok
Alhamdulillah
berjaya jugak susukan anak ke-2 sampai aisyah umur masuk 2tahun 2bulan camtu
terpaksa stop sini ye aisyah...bagi adik pulak :)
aisyah ok jer,..berhenti sendiri2 lepas ayah slowtalk ngan dia..amboi, kemain bonding dua beranak tu ;)
bila datang keinginan dia nak menyusu..nanti dia akan cakap sendiri..."cian mama, mama atitttt"2-3x
bergenang gak la air mata mama ni, laju2 bangun buatkan horlick isi dalam botol bagi kat dia
ooo..aisyah belum terima fm sampai hari ni...memang dia minum horlick+full cream je la setakat ni
sorang lagi anakku yang lain dari anak orang lain,...huhuhu...
rileks aaaaa' spesies mama jugak tuuu :D


You Might Also Like

3 comments

  1. Tahniah, tengah mengandung anak yang ke3 lah ni ye... terliur plak tengok asam tu, biarpun x mengandung... ;D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.tahniah akak :)
    take care..

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook