Plan C, sampai juga kami ke kampung

plan A, nak balik dengan anak2 je lepas balik sekolah tu nak gerak..tapi suami nak balik sama 
...tukar plan B lor..gerak lepas solat jumaat kul 3-4 camtu
sekali tunggu punya tunggu punya tunggu,
lepas asar baru suami sampai balik...kul 6petang baru gerak,..kiranya plan C la ni.
plan C pon plan C lah, asal boleh balik jengok mak yang khabarnya dah 2minggu demam tak bangun2 kat kampung sana.



memang jaranglah ke tak pernah kot gerak balik kampung petang dah nak ke senja ni
sempatlah layan syahdu tengok matahari senja dalam sebok2 melayan anak

singgah @r&r sebelum simpang Pulai yang ada Mydin tu
tapi dah malam memang tak masuk pon mydin tu..cari makan @Singgah,..maghrib isyak siap2
selesa sangatlah time tak berapa nak ramai ni..tapi ramai juga benarnya..baru best kan
anak2 pon happy makan kenyang2..main kat playground 2-3round
masuk kereta cepat sket lelapnya


seram sunyi jer travel jejauh memalam ni
doa minta jangan apa2lah tetengah belantara tu kan
jammed sekali kat tol sebelum terowong..ada xcident dengarnye
abis merentas belantara..lega lah nampak rumah2 bandar semua kiri kanan highway
meriah malam tu
sepanjang jalan dari Ipoh...sampai Penang..membawa ke Kedah..tembakan bunga api sana sini
mengiringi kepulangan kami..ecewahhh wah wahhh :D
makin ke utara..lagi lah..dah nak ke tengah malam..lalu sp, alor setar..sampai jitra, masuk jalan dalam
dah kul 12camtu...sampai tetengah pembahagi jalanraya tu pon depa dok sebok bakar bunga api
ada sambutan tertentu malam tu kot, ramai2 depan rumah..meriah tanglung segala.

masuk kampung terus suram kelam
selalu balik mak dah tunggu buka pintu..kali ni kena cari dalam bilik..dok terbaring jer
berpimpin bertongkat nak ke bilik air
makan pon bubur jer..sebab sakit bila bergigi palsu
ermm..mak pesan jaga gigi elok2, jangan dok syok kata takpa gigi rosak boleh pakai gigi pelesu
sekali sakit..yang pelesu2 tu semua takmo dah

alhamdulillah...demam mak dah reda
ahad pi x-ray pon alhamdulillah takdak apa2
dalam proses nak pulihkan diri..orang tua2 ni eloknya selalu2 bawa kuar jalan2 gembira2
asik terperuk kat rumah jangankan orang tua, sapa2 pon boleh jatuh sakit
anak2 dah sebok kerja...yang lapang2 tu dok jauh plak
bila suami cadang2 nak caribeli rumah kat utara sana..setuju jugaklah
idaklah terkotang konteng dengan anak2 jer sementelah suami makan bulan sesekali ke laut dalam nun.

balik kampung dan dan la pi nat, orang kl cakap pasar pagi :)
on the way balik singgah tepi jalan beli ayam bandaq yang di'layoq', 20sen dia charge
lebih sedap kata my ayah bila di tanya beza ayam layoq dengan tak layoq ni
...biasa orang layoq ayam kampung je kan


3malam kat kampung..isnin pepagi bertolak balik sini
panasssss sepanjang jalan..sampai pening pala cek...dengan anak2 lagi
apsal tak terpikir nak balik awal kelam pepagi kul 3-4 pagi camtu..ke balik petang2 sket pon ok,kan.
next2 trip..sila rancang perjalanan :)


till we meet again...babai

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook