kali ke-3 untuk tempoh tak sampai 2bulan

yang sulung demam plak dah
kali ke-3 dah ni untuk tempoh tak sampai 2bulan..huhu
start panas badan petang ahad...err, anak2 tak ikut pon mama ke pasar stadium pagi ahad tu
so tak boleh nak sabitkan dengan dek berjemur main panas la kot
lagi risau kot sebab nyamuk yang meriah nya esp. memalam lah

so,...dah 3hari tak ke kindy
kali ni teruk jugak..siap muntah2
pastu takmo makanlah takut muntah lagi
minum air ke ubat demam semua keluar balik sebab perut tu kosong kan
cadang mintak suami bawa gi spital drip air..cepat sket segar badan tu
tapi suami takde masa nak berlama2 kat spital tu
mama pulak memang tak bolehlah..ni adik sapa nak tengokkan

so pi klinik je la ambik ubat angin
ubat demam yang masuk kot bontot sudah
antibiotik lagikkk..aduhhh, jenuh nak abihkan ye Luqman.

kesianlah dia baru nak seronok2 sebab dah weight gain sket..timbang semalam dah turun balik :(

masaklah simple2 janji berkuah...sup camtu
berselera gaklah menghirup semangkuk dua...takpe la, asal nak jamah sket before makan ubat.


You Might Also Like

2 comments

  1. Anak2 nrl dah baik demam mggu lps.. kalau sorang demam, yang lain akan gilir2 mengikut... takut jg tu kalau dah lebih 3 hari demam, kena pegi jumpa dr...
    Mee sup camni orang x demam pun mmg suka... tambah lak ngan cili kicap... pergh... ^__^

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook