cuti 3hari jadi 5hari...wow!

bila hari2 pon beraktiviti ke sana ke mari..sekejap jer, dah last day
ada macam2 jugaklah if nak cerita...sinopsis lah serba sket untuk kenangan/ref. di masa depan 

sabtu yang deepavali tu cousin en.suami bertunang
pagi2 lagi kitaorang dah sampai umah pakcik dia..ok jugaklah sebelah umah ada playground
juga sederet kedai runcit...menabung situlah, apalagi ;D
berpeluh2 main kat playground sementara tunggu rombongan meminang sampai...baru masuk semula ke khemah ready untuk makan :D

abis majlis..gerak ke umah atok, zohor siap2 kat situ
pastu gerak ke seksyen24 menjejak 'dewan Dahlia'
sesekali serempak laksa jitraMai haruslah singgah menapau,..nak cendol juge ;)
pastu hujan..telan air lior dalam kereta dok hidu sedapnya bau kuah laksa
senyap2 buka bungkusan cendol..slruppp..dapnya :D


sedar2 dah sampai pekan meru
hujan renyai2 selamba redah dengan Luqman nak ke kedai yang cikgu suggest untuk beli t-shirt putih murah2 dah la untuk pakai hari 5nov. tu
oh...mama mahu datang lagi...berderet kedai harga murah yang mahu dibelek kat situ
hidrangea yang nampak mahal tapi murah plak kat situ..mahulah 3-4 ranting aihh :D

Pagi ahad macam biasa nak la ke pasar tani mencari barang2 basah yang freshhh ;D
at last decide untuk lalu je..act, terpaksa...sebab dah tersekat dalam kesesakan kemeriahan rombongan penyokong kelantan&Pahang
dengan homedeconya lagi...ke tesco jer la kita
balik tu singgah restoren kesukaan nak tapau lauk untuk lunch..alahai belum kul 12 lagi yang best2 semua pon dah licin..huhu


isnin sepatutnya sekolah..semangat last day nak practice
sekali demam la plak..selsema sekali..
cuti kan & rest kat umah...cepat2 sihat esok boleh join persembahan
baju seluar semua dah ready, dewan Dahlia pon dah jumpa lokasi
ada la rezeki Luqman nak buat persembahan "cock ayam jantan cock cock"
dah seminggu kot terjerit2 practice dalam bilik air :)

Alhamdulillah
pagi2 selasa tu, kul 6 dah bangun cakap dah sihat..ok, jom lah kita!


seronok tengok comel bebudak 6tahun berjubah naik pentas ambik sijil
pastu lepak hiburkan hati tengok persembahan kekanak rebina ni yang berbagailah keletahnya
meriah sangat...bila semua cawangan bergabung nak menunggu turn anak buat persembahan memang sakitlah..kul 12 kot baru keluar group 'cock ayam jantan cock cock" tu.


happy orang tu buat persembahan pertamanya di pentas dewan Dahlia.
no.2 tepi meja itu la Luqman :)..snap masa cikgu masih susunatur bebudak...pastu video la kan buat kenangan.


hari ni..cuti lagi 1hari..cuti peristiwa katanya
sempena hari penyampaian sijil dan persembahan diorang semalam.

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook