raya katanyeee

..tahun ni melepas sesi cicah ketupat palas & gulai ayam pekat mak di malam raya..huhu
malam raya weyhh..ketupat berasap baru kuar peyok..mengelepiaq lawan panas
nikmatnya lahai berbuka lelagi bila macam confirm dah esoknya tu raya.

in shaa Allah..semoga ada kesempatan itu lagi di tahun-tahun depan.

raya shah alam.., rebus ketupat instant je la kita

mood raya ada lagi ni,..;D
dah ada keluarga sendiri..mula la belajar2 menikmati masakan sendiri plak kot
malam raya terhidang juga ketupat nasi bersama rendang
tak pedas..bolehla aisyah join merendang
sedang elok untuk si ayah yang perut dah menipis tu,..tapi kalau makan amboii
nak yang berdesing sesajorkk..karang asyik memerut kami juga yang tak dapat kuar beraya ;)


solat sunat aidiladha..ramai pulak yang kena tinggal dengarnya
Luqman antara yang "masbuq" solat sunat aidiladha tahun ni ;D

lepas solat baru gerak ke rumah atok
seperti biasa memacamlah terhidang atas meja atok..potluck anak menantu walaupon atok awal-awal dah balik beraya di kampung..macam tau2 jer atok tu nak terima cucu ke-11 di malam raya.
"Tahniah lah untuk adik ipar dan isteri kat Taiping sana"

kami-kami kat shah alam tetaplah berkumpul kat rumah atok 
pakat bawa juadah..laksa lemang rendang ayam daging..nasi arab..kek itu ini semua adalah
tapi semua tu di pandang sepi dek bebudak..esp. Luqman dan aisyah.
sebbaek a'chu rajin goreng nugget cicah jalapeno sos..memang tak pandang nasi dah la
even arab sekali pon
kesianlah tengok dok ngulang bahulu dan kek ijo mama diorang tu je
tu yang kurenggg beria nak masak juadah raya bagai ni
next2 raya kita hidang pizza, ok kot :d

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook