nama pon budak-budak

suami belikan bendalah ni pulak
selepas wife dia takmo gantung mangga yang dibeli malam sebelum tu


besalaaa...wife yang kekononnya apa-apa pon mesti nak sedap mata memandang tu, kan :D
tapi..ish..ish..comot lah peti ais bekas sealed tu.

ok..semangatlah pasang tengah malam tu jugak, lekat jer pon.
dah pagi..bangunlah bebudak dua beradik bijaklaksana mata setajam helang tu
macam tau-tau jer menonong pi belek bendalah tu 
termoncong-moncong si aisyah cuba buka pintu peti.ush ish ushh ishk
si abang tetiba hangin awat nak kunci plak ni..bergegar peti aisku
terpaksa si ayah demo ke abang..pasang untuk si adik jer pon

tup-tup...
petang sket tengok aisyah dengan selamba sebelah tangan jer buka kunci azimat mama tu..huhuhu
tak sempat ais kiub mama nak beku cek oii..abis lah tumpah ke lantai
air kosong rileks laa
tapi part mandi seliter susu depan peti tu...oish..gigil tahan sabar
nama pon bebudak..tak gitewww :D

haha...bertabahlah eskrem mahal ayah tu sembunyi diri celah tepawe2 ayam ikan mama
jangan nak complaint tetiba eskrem mahal bau ikan ke udang ke ;D

nak tak nak..kuasa mama tiger diaktifkan semula
aisyah melintas depan peti ais pon dah kena "haipp!"
tersengih2 lari ke depan
tengok diorang dok elok main, bawa la sedulang makanan kesukaan hias mau cantek
makan sama-sama

harap anak-anak bijak mama cepat belajar...mama baik bila anak-anak mama baik :)

You Might Also Like

1 comments

  1. Bijak tu, boleh bukak sebelah tangan ja kunci tu ha, tajam pemerhatian dia, don't play2, hehe! Tapi kesian la pulak bermandi susu bila dah berjaya bukak peti ais. Mama perlukan kesabaran tinggi ni :D

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook