hari raya...sekitar balik kampung Eid 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
maaf zahir dan batin.

tahun ni Luqman ikut ayahnya ke masjid area umah ni untuk solat sunat di pagi raya
first time ye,..balik tu terus dah pandai takbir raya :)
kemas2 sebab terus balik kampung lepas beraya kat umah atok shah alam

dalam kul 1tengahari lepas semua adik beradik iparduai  bersurai,..memasing kuar beraya
kami pon gerak balik ParitBuntar..bawa atok shah alam sekali
Jammed oihh..nak dekat kul 6petang baru sampai
ramaiii kat rumah tokpah..terasa jugaklah ketiadaan tokwan..sebab dia orang pertama dicari nak salam...bapa2 sedara belah suami takboleh salam,kan..segan pon ye :)
bila tokpah dan mak2 sedara yang kebanyakkan dari kl tanya kenapa anak menantu abah lelain tak ikut balik kampung sekali?...tersengihlah tatau nak jawab apa..ishhh, lenkali kena minta alasan siap2 kat biras2ku yang takmo balik kampung tu
Time raya je baru nak jumpa ramaiiii sepupu suami..yang dah bekeluarga..
yang belum kawin..lagi ramai,..mostly dah bekerja..balik beraya kat kampung
wahhh, tak menang tangan mama kumpul sampul duit raya..alhamdulillah rezeki
Luqman dan Aisyah

kul 9malam camtu teruskan perjalanan ke kampung mama..dah takboleh nak tido umah tokpah..ramaiiiii sangat,..eh..kalau nak menyelit boleh je ;D..anak2 kecik tak selesa kot
tu lah sebab musabab iparduai biras2ku tak berapa nak mau pulang ke kampung rasanya,
tapi takkan nak cakap camtu kat tokpah kot :D
dekat kul 12 sampai kampung mama, abislah raya pertama..ok je even cuma sempat beraya dua rumah jer tapi dah jumpa hampir semua family belah suami.
err..sebab suami tak suka enterframe sini...family dia pon tak payahlah ye:D

sebagai penyeri entry raya ni..jom letak pic sekitar berkampung di hari raya ke2,3,4,5 & 6
sambil dok pikir banyak juga gambar di hari raya ke7..beraya ke Lumut, picnic@Teluk Batik,
bermalam di Pengkalan TLDM...sightseeing@MarinaBay,jeti baru nak ke Pangkor...sekitar jalan2 makan angin..err, makan nasi ayam kot area jetty point di hari raya ke8,...sebelum gerak balik shah alam petangnye

oishh..berepisodlah nampak gayanya..harap berkesempatanlah update semua tu kat sini sebelum terlupa jalan cerita.

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook