segaring 1march

berapa suhu siang tadi agaknya...lupa nak tengok tapi memang garing sangatlah,
bawa aisyah keluar sat..dia macam susah nak bulatkan mata..kena cari sunglass dah ni :)

semalam-semalam kan mendung tup tup garing..tu yang rasa sangat tu
semalam lagi lah..anak tetiba tak sekolah..makbapak yang cutikan,nak suruh rehat
memang rehat betul..makan dan tido..no ipad apalagi internet
sejak asyik muntah sehari dua ni lepas main game/youtube pepetang lepas balik sekolah.
letih belajar ke stress ke apa ni?
rabu dah muntah 2x kat sekolah sampai pinjam t-shirt untuk pakai balik.

kesian plak..mungkin sebab nak tunjuk dia sangat good boy kat cikgu..pulun juga abihkan food yang disediakan...takdan cikgu kemas pinggan dah selambak keluar balik..adoii..kesian cikgu.

semalam masa baring-baring rehat kat rumah tetiba bangun nak menulis,
sambil cakap kawan semuaaaa datang..nak belajar yang kat dalam buku,
eh!..badan je kat rumah...hati kat sekolah?


sekali dengar macam bagus sangat....padahal?
stress oih si mama nak mengantar mengambil si anak ni 
tiap hari tuhan je yang tahu..sebab karenah jadi lain macam sket...
pagi...susah nak berpisah dengan mama..tengahari,susah nak berpisah dengan sekolah;
taknak balik plak dahhh?

tu pasal hari ni..kul 8pagi dah rasa bahang garing semacam
cakap ke cikgu Luqman nak balik petang..bagi dia try stay ngan kengkawan @'daycare'
tup tup kul 3 cikgu dah bawa balik :D

at least..syukur sangat dia dah mula suka menulis melukis mewarna semua tu,
kurang sket nyesal makbapak pasal ajar anak tulislukiswarna guna konsep touchngo sebelum ni :'d

You Might Also Like

1 comments

  1. Memang garing la. Akak dok tengah padang pantau budak buat line netbol rasa masak ja dah.

    Kesian Luqman muntah. Cabaran jugaklah kan kalau pagi2 camtu, tengahari plak tak mo balik.

    Mesti comel kalau Aisyah pakai sunglasses. Bila dah ada nanti sila boh gambaq :)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook