masak dan makan TITIK!

tajuk...apakah? tegas kemain..if suami cakap lagutu, confirm sentap ;(
ish..takmolah tegas nau cuti sekolahkan..even boleh tahan jugaklah homework cikgu bekalkan...pujuk2+garang2 sket siap jugalah se page dua sehari..sedang eloklah kan..eh!ada yang komplen tadika pon ada homework?..ish..ok jugaklah ajar susah sket start dari tadika lagi..karang dah masuk primary, steady lah hendaknya...ok.ok...intro dah ke laut :D

now angin nak masak memasak yang simple cepat sedap ofcos berkhasiat untuk family tengah landing baekkk punya..katanyee ;) so..memang akan laju2 klik blog yang ada update bab makan2
lagilah kalau ada gambar sehidang combination laukpauk tekak melayu..tertengok kat memana bloglist sesape..confirm teringat2 punyalah if tak klik masuk tengok.
dah dapat idea teringin nak masak kombinasi yang mana then baru terkedek2 ke blog2 resepi la plak kan ;D...oh..gigihnya saya.
suami suruh beli jer setakat nak makan dua beranak tapi setakat makan sesuap dualepas tu geleng dengan bermacam alasan..air tangan mama yang tak seberapa tu jugak kena dengan selera anak...
nak suruh mama rajin2 memasak la tu :)

lagilah..sejakmenjak ni nak dapat sakit pening kepala senang sangat...untuk diri sendiri is penambahrasa secukuprasa..chupps;bukan maggi punye tu..eh, mana tau apa depa punya brand penambahrasa..
yang tau..memang tak boleh terima masuk apa pon makanan berperisa berlebih2 serbuk perasa..tak abih makan lagi dah berdenyut my kepala..ohhh..petanda apakah selain usia?
sedap tengok orang makan kfc..tapi kami dah tak mampu melawan power perisa si kfc..nak suap anak jadi tak sampai hati..hmmm,
jomlah mama goreng ayam bersalut tepung yang sedang2 rasanya untuk kita.
*panjang nau mengarang..buh gambar lah sket ;d


 gambar tak berkaitan no.1...snap sambil tunggu kuah mendidih nak masuk sawi 
*daun hijau kat atas tu ;)

 gambar tak berkaitan no.2...aura menggulai mai dahhh...dan dan tayang lesung kesayangan
gambar bawah is gulai daging kami dah masak dah :D


sambil belek gambar masakan..sambil mengirai helaian putih bercambah secukuprasa atas kepala..eh!positif..positive! tak lama lagi ada chance berambut blonde..dah lama teringin kot ;d
..jom inai rambut tanpa was-was :D

eh!kaitan apakah rambut dan masak-masak..sungguh tidak bersopan santun...
sila simpul cucuk simpul kemas-kemas....&

minum milo, jom :)

nite! 

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook