nak tahu anak suka ke tak dengan sekolah dan persekitaran barunya...

is hari ketiga...jeng..jeng...jenggg!


kurang sket sessi memujuk pagi tu berbanding 2hari sebelum
orang tu sporting jer bangun pi mandi dan gosok gigi
mama tolong lap badan dan pakaikan uniform sekolah

makan roti butter toffee kegemaran
mintak vitamin..sementara tunggu milo panasnya suam sket

dah boleh tolong buka kunci pintu rumah
juga tolong start enjin kereta

tapiiiiiii....???
sampai depan pagar sekolah
taknak keluar kereta daaaaa

ayyooo...ammaaa...appaaa!
30minit dok memujuk..statik dalam kereta
cikgu besar datang jengok cecepat turun menyorok bawah seat
abih kuasa memujuk mama sume macam tak jalan
kereta ajer yang akhirnya berjalan
gerak balik ke rumah ;(

ikutkan hati nak jer cempung masuk ke dalam sekolah dan tinggalkan dia melalak situ
ok!
ayah luluskan cuti 1hari sakit gatal-gatal
*double meaning kot ;D

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook