cerita kedai dobi

...di suatu hari yang mendung...*bukan ke hari-hari pon mendung ;)
kelihatan sorang pompuan sarat mengandung berjalan kepenatan
sebelah kanan memimpin tangan seorang kanak-kanak kecil
dan sebelah tangan lagi mengheret seplastik beg yang sarat berisi beberapa helai comforter.

sebaik sampai depan kaunter di kedai dobi
pompuan yang kelihatan termengah kepenatan itu diam seketika untuk mengambil nafas
dan bagus gak ler...
dia telah disapa walau tak mesra oleh pompuan kat kaunter dobi tu

pompuan dobi: nak hantar basuh?

pompuan sarat mengangguk dalam kemengahan mengangkat plastik beg comforter2nya
ke atas kaunter...tak mesra pelanggan langsung kedai dobi ni
senyap jer pompuan dobi tu, tak macam yang sebelum-sebelum ni...terus tulis resit

pompuan sarat cuba beramah mesra...

pompuan sarat: agak-agak berapa hari boleh siap?

pompuan dobi: tak nampak ke mendung ni...tak boleh jemur

pompuan sarat: ?????

pompuan dobi: u tinggal area sini?...boleh tengok sendiri, tengok tu banyak lagi yang tak berjemur.
kalau panas, 2hari dah siap.

Tercengang si pompuan sarat dan nak taknak kenalah buat ayat sendiri untuk menjawab sendiri soalan nak beramah mesra dia tu ;D

pompuan sarat: ..minggu depanlah saya datang ambik sambil terus membayar jumlah kat bill...
masih cuba untuk beramah dengan senyum sket, takboleh senyum lelebih kang lain plak dipikirnya.

pompuan dobi: nak bayar harini?...terima kasih.

pompuan sarat:...sebbaek tau cakap terima kasih...cakap dalam hati jerla ;)

hishh...muka cantik pakai pon dah seksi..tapiii..memuda lagi dah hangin, banyak sangat masalah negara kot?

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook