dividen...oh...dividen


*seen@weheartit

Kemana nak dibelanjakan wang dari sumber haram...

Wang haram bukanlah haram kerana zatnya tapi dek sebab penggunaannya. 
Wang haram tidak boleh dibelanjakan untuk diri sendiri. 

Mengikut sesetengah pendapat ulamak salaf, wang haram imesti dimusnahkan. 
Tetapi disanggah oleh Imam Al-Ghazali Rh dalam Ihyaa Ulumuddin 
kerana kita tidak sepatutnya memusnah harta kita. 

ada juga pendapat
harta dari sumber haram boleh digunakan untuk tujuan kemasyarakatan  ie:pembinaan longkang, tandas etc. 

Ini bersandarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dari seorang lelaki ansar, Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W keluar untuk mengiringi jenazah, lalu terserempak dengan pengembala kambing kaum quraisy. 
Lalu ia berkata kepada Rasulullah S.A.W, "si folan telah menjemput kalian menghadiri jamuan." Dikatakan seketul daging kambing dalam jamuan itu diambil tanpa pengetahuan tuannya. 
Lalu baginda S.A.W bersabda: "berikanlah makanan itu kepada tahanan." 
(Al-hafiz iraqi mengatakan hadith ini sanadnya jayyid (baik)). 

Walaubagaimanapun, orang yang mendermakan sumber wang haram kepada mereka yang patut menerimanya TIDAK DIBERI PAHALA SEDEKAH seperti yang terkandung dalam hadith 
(sesungguhnya amalan anak adam terputus kecuali 3 perkara: 1. sedekah jariah....). 

Ini kerana wang yang haram itu bukan miliknya. 
Kita hanya akan beroleh pahala sedekah apabila kita memilikinya.

Namun demikian, si pemberi menerima pahala di atas sebab: 
1. Menyucikan hartanya dari sumber harta yang haram 
2. Menjadi orang tengah dalam menyampaikan wang haram itu kepada pemilik yang sebenarnya. 

*Wallahua'lam. 

Rujukan: Fatwa Muasirah, Yusuf Al-Qardhawi 

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook