Anakku sayang...

kerapkali singgah ke blogblog mommies yang saban entry tak lokek berkongsi peel' anak bermacamragam..

kerana kebanyakannya lebih memilih untuk becerita yang baikbaik sahaja tentang anaknya,

betul juge..;)
apalah dosa si anak sampaikan si ibu sanggup mencanang tentang si anak seantero maya.

secara ikhlasnya, ai salute SANGAT dengan mommies yang bersikap lebih terbuka,
dan dengan nawaitu yang betul, mungkin; dapat pulak dijadikan panduan oleh mommies yang baru setahun jagung bergelar mama...

dan selalu pon...
ibuibu yang lebih berpengalaman, means..
yang dah punya dua orang anak dan lebih,...lebih ikhlas dalam bercerita mahupon memberi tips/nasihat kerana itu adalah dari pengalamannya sendiri.

tapi mungkin...mama yang setahun dua jagung juga mampu berkongsi sesuatu di sini,
even masih dalam proses mempraktikkannya...insyaallah.

*...sesekali, perlu redha yang kita bukan mama yang sempurna, untuk mengurangkan stress pada diri sendiri.

*...anak juga berperasaan, dia akan menangis untuk melegakan keresahannya, mungkin kita pun sama ;p
tetapi kebanyakkan tangisan mereka lebih kepada sound effect sahaja...belajarlah untuk mendengar tangisan itu, dengari omelan mereka..jangan nak melenting sesaje, kerana 10-20tahun kemudian kita rindu sangat untuk mendengar tangisan itu kembali.

*...tenangkanlah anak dari tangisannya/kemarahannya...ajarkan bagaimana untuk menenangkan perasaan...bukan dengan ugutan, memarahi, menengking etc......kerana anak akan meniru apa yang kita tunjukkan.

*...jangan terus mengharapkan anak berlaku baik dengan sekali tunjukajar sahaja, anak masih dalam proses perkembangan yang membuatkan mereka lebih kepada untuk bereksperimen sendiri lebihlebih lagi ke arah yang salah dan buat mama marah :)

*...jangan mengeluh dalam membesar dan mendidik anak, kalau dah jadi kebiasaan, suatuhari mereka anggap diri sebagai bebanan sahaja kepada ayahmamanya...merasakan yang diri tak disayangi, rasa rendah diri, kurang berkeyakinan etc...

*...pelukan, ciuman, pujian.., dan hadiah sebagai ganjaran setiapkali berbuat kebaikan...peluklah anak setiap hari dan pandanglah anak dengan penuh kasihsayang untuk IQ yang lebih kuat dan penuh yakin untuk berdepan dengan dunia luar...dan jangan biarkan anak tidur tanpa ciuman selamat malam.

*...ajari anak untuk lebih menghargai,...anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain juga.

*...hargailah barang mainan kesayangan si anak, berbincang dengannya sebelum membuang memana yang dah rosak, dari situ anak akan mula belajar untuk menghargai barang orang lain juga.

*...luangkan masa berjalan di taman, berpimpinan tangan dengannya...dia akan belajar rasa dihargai.

*...jangan selalu membawa balik kerja pejabat ke rumah kerana dari pemerhatiannya, anak beranggapan yang kerja pejabat lebih penting berbanding keluarga.

*...sebagai seorang mama, utamakanlah anak berbanding kerja walau apa sekalipon alasannya.

sememangnya banyak jika dipikirkan, mungkin ini antara yang dapat dikongsi sesuai 
dengan umur Luqman yang baru dua tahun jagung ni ;p







You Might Also Like

2 comments

  1. Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  2. setuju... tak perlu memuji anak tinggi melangit di dlm blog.. nanti org meluat... dunia ni mmg ramai yg tak senang wpun tidak saling mengenali... bersederhanalah..

    thanx for sharing babe... ;)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook