nasi goreng ayam yang di rindu-rindu

knapa perlu membuang masa merindu macam tu, order ajer la..
tak ada...tak ada dan belum penah jumpa seumur dok kl dan skrang kat selangor pun sama...

nasi goreng ayam ini cuma boleh jumpa kat utara..tu pun tak semua tempat ada...
kalau kat selangor...nasi goreng ayam tu macam nasi goreng kicap saja..pastu ada seketul dua ayam goreng dan sos ala-ala cili thai penambah selera...atau mungkin juga ada..cuma belum jumpa..selalu elak order nasi goreng ayam kerana selalu sangat dapat nasi goreng kicap tuuu :D

kalau kat utara lain cara masaknya...tu yang special pastinya menyelerakan tak terkata, pernah tengok depa masak depan mata kat Pekan Rabu, kat bamboo pun sedap juga, tapi gerai kat corner hadap tangga terbaek punya, tapi itu...duluuuuuuuuuuuuuu..suatu masa yang tak penah amek kesah nak masak cemana..order jer..terus terhidang atas meja :D

dannn..hari ini berjaya mendapatkan cara untuk menyediakannya...
ohh terima kasih tak terhingga..
tak sabar mahu mencuba...selamat mencuba hingga berjaya mendapat rasa yang sama...

mari kita cuba bersama....

tak ada senarai bahan ok, memang begini bila yang mengajar itu orang pro tak terkata...
terus kepada cara memasaknya....

*bahan utama iaitu ayam perlu dikukus/rebus sehingga 3/4 masak.

*untuk masak nasi...panaskan minyak..tumis hirisan bawang bersama sup bunjut,
dah wangi..keluarkan sup bunjut, masukkan beras...kacau goreng dalam minyak
dan masukkan air rebusan/kukusan ayam tadi (macam masak nasi ayam jer)
sukatan air ikutsukahati memasing..
kalau untuk nasi goreng ni eloknye nasi tu jangan lembut sangat.
masukkan sket serbuk kunyit, kiub ayam dan garam secukup rasa...
kacau sesekali biar mesra sekata sehingga nasi masak.

*ayam yang 3/4 masak tadi tu potong kecik sket pastu perap bersama honey buat seketika.

*panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang putih dan merah sehingga wangi, pastu masukkan ayam yang telah diperap...goreng hingga 3/4 garing(jangan garing sangat la maksudnya tu ;D)...

*pecahkan telur ke atas gorengan ayam tu...biar kejap pastu kacau goreng..semua serasi bersalut...kalau suka boleh tabur serbuk blackpeper/whitepeper...
masukkan nasi(seeloknya nasi tu dah sejuk laa)perasakan garam..gaul sebati...SIAP!

*kalau nak sup...tumis jer hirisan bawang dan halia bersama sup bunjut tadi, dah wangi
masukkan air rebusan/kukusan ayam lebihan untuk masak nasi tadi tu...perasakan dengan kiub ayam dan garam...tabur bawang goreng dan hirisan daun bawang/daun sup....selamat menjamu selera ;)

wallahhhh!

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook