aura bubur lambuk dah mai dahhhh

tinggggg!...ala2 "mentol bekelip2 kat atas kepala" tanda idea sudah mari...
bukan pe, semenjak dua menjak ni Luqman macam susah nau nak ngabihkan makanan kalau yang berasaskan nasi,
cepat jer dia datang jengok mama dia serve apa untuk dia..kalau nampak nasi...mula la dia buat sebok main ke, dah bersuap pun setakat 4-5 suap..dah taknak buka mulut lagi pastu..kalau suap gak..haaa, mengelap lantai la pastu..
tetiba hari ni, dapat idea nak masak bubur lambuk..taruh santan la nak kasi lambuk..kalau sup biasa2 tu..macam bubur orang sakit jer :D

waaa..besh..sukahati mama ni, makan bertambah dari semangkuk ke semangkuk...sampaikan time mama plak makan, Luqman datang gesel2...sambil buka mulut nak lagiiii...
oishh..kalau dah camni gayanya, boleh la masuk dalam list bubur favourite Luqman, ramadhan karang ...senang la mama masak bubur jer untuk lunch Luqman...
Pasni, bukan jer nak kena belek2 resepi baru untuk koleksi ramadhan yang dah nak sampai ni, tapi juga resepi senang masak untuk lunch anak bujang sorang ni bulan pose nanti.

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook