jun..dan weekend pertama...dan weekend ke-2...dan weekend ke-3..dan..dan...

cepat betul masa berlalu..rasa macam baru semalam me dok merancang kat entry "jun & me" nak2 tu jun2010 ni, menjadi antara kenangan2 indah untuk diingat dalam hidup me :)
Yang pasti..kita hanya merancang..dan Allah swt jugak penentu segalanya.
Entry "jun & weekend pertama"...
ya..itulah kenangan terakhir me,hubby&Luqman menghabiskan seharian bersama arwah MIL..sedikit terkilan kerna agak terlewat menjemput arwah pagi itu..sudahnya..hampir 1tengahari baru kami sampai ke umah sedara kat Trolak tu.
petronas kat rnr Rawang jugak antara kenangan terakhir MIL untuk me&hubby bila tetiba hari tu arwah teringin gula2 kapas kaler pink tu..sementara hubby isi minyak..arwah p beli gula2 kapas tu..dapat gak la me merasa..ooo, camtu rasanya gula2 kapas..kerana seingat2 tu, rasanya last me makan gula2 kapas tu..zaman belom sekolah lagik :D
lepas tu dah tak suka..lagipun my mak selalu ugut masa me kecik2 dulu..makan tu nanti sakit gigi..oishh terus tak makan sampai la ni, takut beno sakit gigi, walaupun belum penah skali merasa cemana sakit gigi tu..tapi bila menengokkan kepada orang2 yang sakit gigi..me insaf sendiri :D
thanksss MIL, keranamu dapatlah me merasa kembali .ohhhh..manis tak terkata yaa..gula2 kapas itu :D
itulah kenangan pertama dan terakhir..kenangan manis gula2 kapas bersama arwah MIL.

Jun dan weekend ke-2...
ia tiba membawa petanda..dan bila semua dah berlalu..baru kita terpK..kannya..dan entry "hmmmhmmm"..yang mana sampai ke sudah belum ketemu kata putusnya..dan dikejutkan dengan perkhabaran MIL ditahan di ward pada Jumaat malam...hanya pepagi Sabtu..hubby bergegas ke sana bersama Along..dan sekitar 10pagi me, K.Lin dan anak2 menjejaki..bergilir2 menemani bersama bacaan yassin..akhirnya MIL pergi jua dalam minit2 terakhir menjelang 2petang..hujan turun mencurah2 tatkala itu..
seminggu di situ..kami meyepi..terhenti segala aktiviti..bukan menangisi..sekadar mengenangi kembali detik2 bersama arwah.

Jun dan weekend ke-3...tiba jua..
Sabtu..majlis kawin cousin hubby,anak pakteh n makteh..adik abah kat Bandar Bharu..abah menghantar anak2 mewakili beliau memeriahkan majlis itu, kami bertolak pepagi Sabtu, selesai makan..tengok pengantin bagai

alang2 dah sampai utara dahhh...wajiblah menjengok my parents kat Jitra, dapat gak balik jitra akhirnya..esoknya plak..ahad kenduri kawin Fitri anak pakcik Not..umah selang 2-3 buah jer ngan umah my parents...makan nasik minyak lagik...
Segalanya pun sekadar bercerita kali ni..tanpa gambo penyeri rasa..entahlah,mood snap sana sini situ masih beku agaknya..
hanya yang seadanya ini dari hp hubby.


You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook