sireh..ke sirih?

tetiba teringin nak tanam pokok sirih :D
nak buat gapo...kot2 nak buat sirih junjung untuk hantaran..dah selesai pun..
ohh.bercakap tentang sirih untuk orang kawen ni..meh nak tempek gambo2 sirih kenangan kawen dulu la,
cuci2 mata dulu..baru best nak becerita..tak gitu???




yang kat bawah ni special skali..sebab tukang gubahnya adalah yang sedang bercerita ni ye :D
untuk pernikahan my adik..bangga dekat diri sendiri..


ok..ok..sambung cerita..sirih ni more to tradisional la..kelebihan dia kat situ...memang asal pun dari petua nenek2 turun temurun..kepada yang ghajin elokla meneruskan..kalau tak ghajin...abaikan..takdak sapa nak marah pun :D
Dalam rawatan tradisional,
sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit.
Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi.
Malah ia juga berkesan untuk melegakan demam panas, air ramasan sirih ni dijelum di kepala anak untuk menyejukkan badannya.
Alahan terhadap udara panas atau makanan-makanan tertentu boleh menyebabkan seluruh badan terasa gatal dan miang serta ditumbuhi bintil-bintil merah dikenali sebagai gelegata. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sirih yang dilayur diatas api kemudian disapu pada kulit ketika daun masih panas.
Daun sirih juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal di bahagian kemaluan, dimana air rebusannya +cengkih+sedikit garam boleh digunakan untuk mencuci di bahagian sulit yang gatal. sangat bagus untuk keputihan.
Bagi mengubati pendarahan pada hidung , daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.
Banyak lagi khasiat dia rasanya..tapi amek yang penting2 jer la..yang sesuai la kot2 teringin nak mencuba.

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook