tag

hi!..jom kenal-kenal ;)

1. 5 nama samaran kamu?

:: ezza/ e'za - panggilan from hubby, family belah 'me' juga belah PIL..kira yang umur derang lagik tua dari 'me'
:: kak chaq - family belah 'me' yang umur derang bawah2 'me'
:: sue/ kak sue - kengkawan since zaman tadika/ sek/U sampai la zaman bekerjaya
:: Ija - panggilan manja from my "ayah"..dan ditiru oleh jenjiran dari yang setua si bongkok tiga sampai ke sekecik anak yang dok kiri kanan depan belakang umah my parents.
:: aiezza sue - nama di alam maya, serasi sejak single..,sampai ke not available...kini dan selamanya kot :D

2. 5 tarikh penting dalam hidup kamu?

:: first time bf (hubby) cakap i luv u ;)
:: befday Luqman
:: befday hubby
:: Anniversary
:: befday parents/siblings..PIL
*uiksss..befday sendiri tak penting ker???

3. 5 xtvt yang kamu buat semalam....

semalam cuti 'wesak' tapi hubby ada seminar plak..tak dapek kuar jenjalan...dok umah berdua ngan Luqman..buat mende ek?
:: masak lunch simple dimple
:: bergayut telefon borak ngan my sis yang dok Ipoh sekarang
:: kemas umah bila Luqman tido..selepas asar baru dia tido sebab hujan and ciannn..cancel la nak p mandi pool
:: melangut depan pc sementara Luqman tido
:: dinner nasi ayam tapau kat Tesco extra

4. 5 perkara yang buat kamu gembira?
:: tengok Luqman yang ada jer akalnya dari sehari ke sehari yang bisa mencuit kegembiraan mamanya.
::bila hubby ada kat umah...dah tu dapat ciuman selamat malam sebelum tido..and ciuman selamat pagi sebaek celikkkan mata pepagi.."make my day" :D
:: dikasi ongkos ..untuk p shopping..wahhh
::jenjalan ke tempat yang belum penah sampai..banyak berjalan...luas pengetahuan..hehehe
:: berhari, berminggu dok pikir..tetiba idea datang..wahhhhh!!..bab keja nie :)


5. 5 filem kegemaran kamu...

:: animated films...5x..penah buat collection dvd lagik..tu kesah zaman bujang dulu la...heheh, kenapa suka filem2 animasi ni?
ermm..ermm..bersepah filem animasi kan, tak tersenarai..banyak sangat yang kegemaran...reason terbaek..sebab tak suka beratkan kepala nengok filem2 berat, tapi sesekali layan gak :D

6. 5 hobi kamu...

:: on wifi, melepek kat sofa sambil blogwalking ke blog2 favourite via phone
:: window shopping...belek new product.."yang ni dah di training sejak zaman praktikal lagik
:: sketches..since dah ada Luqman ni..asyik berebut pen/pencil la plak
:: mencuba resepi yang buat 'me' terkecur tengok gambo dia posing
:: p saloon..cantekkan rambut ka..takpun buat rawatan resdung..paling tak pun facial...heheh,jenuh Luqman nak nunggukan :D

7. 5 orang yang kamu suka/ sayang...

:: suka dan sayang semua yang suka/ sayang seadanya diri 'me' ini...

8. 5 tempat percutian idaman kamu...

:: paling nak pegi..Singapore..sejak dah ada universal studio tu
:: nak jejak semua 'beach' yang belum penah sampai..tambah2 kat negara sendiri la..

sebab 'me' suka bayu laut..dan tak suka masuk hutan..tapi 'me' suka berendam kat waterfall compare to mandi laut..cemana tu??
:: menyusuri sungai sambil menikmati keindahan..kat mana?..Venice kot..ala2 romantik gitu
:: nak p tempat orang yang beriklim sejuk :D
:: pastu nak p plak tempat orang gak yang panas plak macam Timur Tengah ker...Dubai pun ok laa..bertuah badan kalau dapat p umrah memuda ni..kot2 dah balik tu..insaf sket ;D

9. 5 sebab kamu jawab soalan ini???
:: sebab 'me' di tag oleh Nanie..why Nanie, siapa Nanie?..seseorang yang 'me suka n' follow blog dia..dia pun suka n' follow blog 'me...suka sama suka, tak giteww ye Nanie? :D
:: blog 'me' ni pun baby lagi...sooo sosuai sangat sangat la dapat present teddy bear ni..

:: setelah berhempaspulas ngko menjawab tag ni...baru la 'me' tau nape knape bloggersss selalu tangguh2 untuk jawab tag :D
alamakk..tetiba teringat ada 2-3 tag nak kena buat...x expired ke tag ni ek???
::apa lagi ekk..yang penting tetap taknak bagi jawapan sekali harung giteww...cam versi ala2 malas la pulak..walaupun otak dah separuh kejung dah ni haa..
:: sebab tag ini tag sulong 'me'..see..see..'me' berjaya merepek meraban sampai gak ke point ke5.

10. 5 orang yang kamu nak tag...
YES!!settle seperkara..seperkara lagi ni..nak tag sapa, sapa..sapa???..jom tengok sapa yang kena.tadaaa!

:: ..sebab nanie tag 'me'..'me' nak tag orang nama nani jugak...nanirostam...idola 'me' ni
:: Liana mama Aqil yang tengah meroyan Korean series tu
:: mummyaza geng sama nama :)
:: ppb-ppkp..Padang Besar, Perlis
:: merahjamboo.."me" masih berhutang tag dengan dr. sorang ni :D

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook