mak

9 MAY...

adalah hari semalam...Ahad kedua di bulan kelima..
tunggu punya tunggu punya tunggu..time2 tu pulak tetiba line tenet nak buat hal..Sabtu pun dah kong...blur jer dok umah bila takdak internet ni...call Telekom..huh!!..kena tunggu monday baru ada technician..sooo..ahad semalam kena la kuar membawak diri...janji tak dok melangut kat umah..blur taktau nak buat gapo :D..
tak dapek la nak post entry khas buat mak di hari semalam..


Mak...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku kini telah dewasa.

mak..
adalah wanita yang selalu ada tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki2ku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala ku terbangun di waktu pagi..siang juga malam

mak..
adalah wanita yang penuh perhatian...dikala..
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
dan bila aku kesepian

mak...
telah ku pandang wajahmu diwaktu tidurmu
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih sayang
terdapat sinar kelelahan kerana aku
aku yang selalu mengundang amarahmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

mak..
engkau menangis kerna aku
engkau menderita kerna aku
engkau kuruspun kerna aku
engkau korbankan segalanya untukku

mak..
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
dan jasamu terlukis indah di dalam syurga

mak..
hanya doa yang mampu kupersembahkan untukmu
hanya tangisku menjadi saksi atas rasa cintaku padamu
selamat hari ibu..mak



juga...
Al-fatihah untuk arwah kedua2 nendaku ini...
bonda keduaku suatu ketika dulu..amin


Kini..bonda kedua telah kutemui..yang hilang kini berganti..
alhamdulillah dengan pemberian ini..
selamat Hari Ibu..mak


You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook