relaku pujuk ;)

hohoho..tajuk jiwang la pulok..tapi!!..jom geledah storymory di sebaliknya, kot2 ada sesuatu yang boleh dikongsi dengan sesaper jerr yang sudi nak berkongsi :D

Dek oleh kerana macam dah lama sesangat..makan bulan dah rasanya, tak jejak ke situ, mana taknye..asal Ahad ni jer la pepagi tu dapat dok malas bermalasan kat katil tu,selepas Subuh..bila dah malas2 tu..paling kurang kul 10pagi baru la dapat kluar p jalan2 cari makan breakfast, matahari dah tinggi segalah..jangan harap la family lilin ni mampu meredah kepanasan+kesesakan dek keramaian yang melampau kat pasar tu..alahhh, pasar pagi mega kat stadium S.A tuuuu, sudahnya 3-4ketui restoran kat area seksyen 13 tu jer la terjahan kami "except" restoran mamak yer?..taknak luka lama berdarah kembali..hehehe.

oishhh...intro pun dah berjela..sebenarnya cuma nak ceritakan pagi tadi seawal 8pagi dah terpacak 3beranak ni kat pasar ituu.
apa la sangat 8pagi tu, kan?..orang len selepas subuh dah sampai situ tak kecoh pun ;D..
terus ke destinasi tujuan utama iaitu ke gerai nasi lemak rm1..rindu dendam kesuma sudah sama itu nasik lemak..kalau lambat jangankan susah nak dapat tempat duduk..nak order pun berdedai nuk nunggu tu haaa..best..nasi panas2 bungkus dalam daun pisang time2 tu jugak..pastu terus makan..marvelloussss...TAPI???
hampaa..kecewa dengan rasa nasi lemak itu pada pagi tadi..failed!..takyah la kot nak kutuk2 kat sini, tak baik menghina makanan tu, kan?..
rasanya tukang masak dah tukar laa..nasi yang lembab berlemak.beraroma pandan sudah tiada lagi,..sambal juga sudah lain rasanya..dan ayam kepada yang pilih sambal ayam..ayamnya udah reject bak kata ayah.Luqman pun makan sket jer tadi, kalau tak berebut ngan mama, 2 bungkus pun belum cukup..almaklum la. sebungkus senggit..makan 3-4 bungkus pun orait jer :D

Selesai breakfast dengan sedikit rasa tidak kepuasan itu..mulalah dok jengok2 gerai2 lain plakmencari2 feveretku yang lelain plak..di situlah RELA KU PUJUK itu..kupujuk hati ini...dengan...taraaaaaa

pulut kuning dan rendang ayam..perghhh..tapau di situ..heheh, ini pic google tau!
dah tu..mula lahh melepas geram sebab lama tak p..stok kopok lekor untuk digoreng time minum pepetang,..kek dan kek..borong mangga madu..roti jala bersama kuah durian..nyum..nyum..senget bakul yang dikilik ni yer.

tup..tup..ayah sakit perut, gara2 sambal ayam reject tadikah???..lega rasanya bila bakul di jinjing ayah ke kereta..dan mama dan Luqman silalah berlenggang kangkung menjelajah deretan gerai2 itu..sementara ayah p cari toilet :)
pelagi..laju langkah ini ke deretan warna-warni segala kain..baju..tudung..selendang sume ada di situuu..meriah nengok diorang2 pilih tudung..shawl chantekkkk2..tapi apsal macam tadak mood nak memilih apantah lagi nak membeli..kenapa erk??
rugi la..kalau kat pasar ni beli selai dua pun boleh dapat rege borong..
sesajer la pulak belek2 kot terjumpa cotton shawl..nak gak nengok kualitinya..kalau keras mesti tak berapa nak cantik bila dililit2 ni..wlaupun ia senang dibentuk dan terletak cantik kat bahagian muka tu, tapi tak jumpa plak..patut la laku bebeno kat kedai2 online shawl jenis cotton ni.

9pagi..pun dah rasa perit dek simbahan cik mentari tu..Luqman dibiarkan lepas bebas dok membelek gantungan t-shirt kanak2 yang ada pelbagai gambo2 kartun tu..suka le dia..elmo & the gang la..upinipin la..pocoyo..wonderpet...sume kartun yang dia kenal..tapi satu pun mama tak belikan..kan..kan, penat jer Luqman pilih.
memang betoi2 takdak mood membeli pagi tadi..iskh..iskh..taknak dah la jadik camni.kan :D
Bila ayah datang..p borong barang2 basah serba sket..pastu gerak balik dahhh seawal 10pagi :(

sooo..cemana..ada apa2 yang boleh dikongsi..tepuk dada tanya selera...daaaaa

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook