mulut berkudiss..iskh..iskh..iskh...

..ada kudis dalam mulut..ghupenya bulat kecil putih dan dikelilingi oleh persekitarannya yang agak kemerahan@lebih sodap di dengar..ada mata ikan kat dalam mulut..@bahasa doktornya "ulser mulut".
yaa!itulah bendalahnya..dah genap 7 hari pun bermaustatin kat bawah lelidah mama ni,adoi..mak adoiii..makan pun konon2 tersipu malu,tapi rahasia kat dalam hanya aku yang tahuuu...rasa nak demam pun ada ni haa.

Google punye google..yer la dapatkan info...taknak dah derita ni datang lagi..bak kata orang mencegah lebih baik sebelum ia terjadi dan terjadi lagi berulangkali.
dan inilah hasilnya...jom..sharing bersama :D


Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.

Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini ?

Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid."tapi mama jadi ni bila start pil perancang setiap awal bulan"

Tanda-tanda
Tanda-tanda yang selalu dirasai :
tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
ulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.
sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Sebab-sebab terjadinya ulser mulut
Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :

kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.

daya menahan sakit yang lemah.

kekurangan zat dalam makanan yang diambil.

tekanan perasaan (stress).

alahan kepada makanan seperti nanas dsb.

penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.

pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan

jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
kurangkan air berasid.
gunakan antiseptik untuk berkumur.
letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
minum air dengan banyak.
elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
ambil mineral zink dan zat besi.
tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.

untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
- cara termudah dengan mengambil DETOFIBRE.
pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

Buat pemeriksaan lanjut
Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya :
ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm.
ulser berdarah.
tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.

- Amalkanlah pengambilan DETOFIBRE - diperkaya dengan vitamin dan minerals yg diperlukan oleh tubuh.

P/S i luv u: mama yang ada sejibik kat bawah lidah dah sakit cenggini..cemana la orang yang ada berjibik2 cam dalam pic tu yer?? pic ehsan google.

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook