...tentang hati...



teringat mama pada satu entry seseorang yang memang la tersangat terkenal seantero maya..yang membicarakan tentang hati..dengan entry title kalau tak salah diingat..hati adalah liver, bukan heart!..
dan kali ini mama plak nak ber'entry" tentang hati...
kenapa?...info ini hasil google en.ayah...yang tetiba merasakan dirinya bermasalah dengan hati..masalah yang bagaimana?
sakit hati?..keras hati?..radang hati? dan yang paling bahaya..cancer hati adalah antara yang membawa kepada rosak hati..

Rosak hati?..kenapa hati boleh rosak?

Tidur yang terlalu lewat dan bangun pulak bila hari dah terlalu siang..bak kata orang tua2.."matahari dah tinggi segalah"

Tidak membuang pada pagi hari,

Pola makanan yang terlalu berlebihan,

Tidak mengambil sarapan pagi,

Terlalu banyak mengambil ubat2an,

Terlalu banyak mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet,..zat2 tambahan, zat pewarna dan pemanis tiruan,

Minyak untuk menggoreng yang tidak sihat..iaitu menggunapakai semula...walaupun menggunakan minyak masak terbaik sekalipun seperti olive oil,

Suka kepada masakan mentah atau separuh masak
Makanan yang digoreng hendaklah dihabiskan setelah dimasak..bukan disimpan untuk dimakan kemudian!

hmmm...aturkan gaya hidup dan pola makanan seharian kita agar badan kita dapat melakukan penyerapan dan pembuangan
zat2 yang tidak berguna sesuai dengan rutin jadualnya....

9.00-11.00 malam..
proses pembuangan zat2 beracun di bahagian sistem antibodi (disarankan waktu2 ini kita sedang berehat dalam keadaan tenang..sambil mendengar muzik)..heheh..apa halnya dengan seorang ibu yang time cenggini la tengah sebok cuci pinggan mangkok la...awasi anak yang sedang belajar dan macam2 lagi la..kan?hmm...impak -ve kepada kesihatan si ibu itu!!!

11.00-1.00 pagi..
proses de-toxin di bahagian hati...disarankan kita sedang tidur nyenyak la waktu tu.

1.00-3.00 pagi..
proses de-toxin di bahagian empedu..sama gak kita dalam tido senyenyaknya..

3.00-5.00 pagi..
de-toxin di bahagian paru-paru...oootu sebab lakalau kita sedang menderita sakit batuk2..
time2 cenggini la kita berkokok maha dahsyat..kerana proses de-toxin telah mencapai saluran pernafasan,
maka seeloknya takyah ler memandai dok bangun jam2 begini..untuk minum ubat batuk kerana boleh mengganggu
proses pembuangan kotoran...

5.00-7.00 pagi..
de-toxin di bahagian usus besar..harus bangun buang air besar yer..kengkawan..

7.00-9.00 pagi..
waktu penyerapan gizi makanan bagi usus kecil..sebab tu kita mesti bersarapan pagi...seeloknya time cenggini ler..
Kepada yang sedang sakit..sebaiknya mengambil sarapan sebelum kol 6.30 pagi..
kepada yang sehat2 tu.seeloknya bersarapan kol 7.30 pagi(kpd yang mementingkan kesihatan..la)
Kepada yang selalu skip sarapan plak..seeloknya mengubah kebiasaan itu..lebih baik terlambat
sehingga ke pukul 9.00-10.00 pagi..daripada tidak makan langsung.

Tu pasal la..kalau kita tido terlalu lewat dan bangun pun dah terlalu lewat gak..pasti akan terganggu jadual proses
dalam tubuh badan kita tu..selain tu, bermula dari tengah malam sehingga kol 4.00 pagi adalah waktu bagi sumsum tulang
belakang untuk memproduksikan darah..oleh sebab ituuu....tidolah senyenyaknyerrr...Zzzzzzz??

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook