...kehilangan...

sudah beberapa hari...mama tak menjengok kat sini..
ermm..mama kehilangan lagiii..kepada yang menjengok ke entry ni..sedekahkan lah Al-fatihah
buat tokwan mama yang telah kembali ke rahmatullah pada 2 feb..bersamaan 17 safar 1431H
terkilan jugak kerana tidak dapat bersua pada saat2 akhir sebelum pemergian arwah..
last jumpa..masa kali terakhir balik kampung..hujung november tahun lepas..kali terakhir bersalaman
sebelum berangkat balik ke sini..tokwan meluahkan.."tokwan ni pun tak lama daahhh..mama terdiam
taktau nak kata apa..pilu menyaksikan tokwan memeluk..sambil menepuk2 belakang ayah seketika..
rupa2nya itulah pelukan terakhir tokwan untuk ayah..




pic ni semasa pulang ke kampung pada hari raya aidilfitri 2009..dah hari raya ke-2 baru sampai Kedah..
inilah sahaja pic kenangan terakhir bersama arwah tokwan mama...
pulangnya mama kali ini..buat kesekian kalinya ke kampung halaman ini..kini hanya tinggal rumah kosong dah tak berpenghuni lagi..hanya pokok buah2an sekeliling umah itu...hasil tanaman tokwan untuk anak cucu..yang sesekali pulang menjengok...harus mama nikmati sepenuhnya..tanda kasih sayang ini..

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook