...limau oh limau...

limau mandarin..
tangerine ni mama suke yang kecik2 tu..selalu..kureng bijik nye..or langsung tadak bijik..rasa?...for sure manis gilerrr..



Nama : Limau Mandarin
Nama Botani : Citrus Reticulata
Famili : Rutaceae

Origin : Selatan China dan kini ditanam secara meluas di A.S, Sepanyol, Brazil, Jepun, Itali dan Mexico.
Fitokimia : Kaya kandungan Vitamin dan Mineral; Vit A,B,C. Kalsium, Sodium, Pottassium, magnesium, Tembaga, Sulfur dan Klorin.

Morfologi : Pokok sederhana tinggi dan rendang dengan daunnya berwarna hijau pekat dan bunganya berwarna putih dan berbau wangi. Biasanya limau mandarin berukuran 6-8cm bergantung kepada varieti. Terdapat banyak variasi termasuk tangerine, clementine, dancy dan satsuma. Limau Tangerine dimana kulitnya mudah dikupas manakala tangor pula kacukan limau mandarin dan oren yang dikenali sebagai limau tokong dimana kulitnya nipis, mudah dikupas dan isinya pucat sedikit. Kebanyakan limau mandarin yang ditinkan adalah dari varieti Satsuma.

Khasiat Perubatan : Kandungan Vitamin C yg tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.

Vitamin Bnya pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.

Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru2 untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru2 dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.

Khasiat Lain : Simbol kekayaan bagi masyarakat Cina dimana dijadikan buah tangan ketika berziarah dalam perayaan Tahun Baru Cina.Ramuan utama dalam kosmetik dan penjagaan wajah terutama losyen jerawat.

You Might Also Like

1 comments

  1. suka gak yang kekecik nih..sangat comel dan manis :)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook