...lu pikir la sendiri...

hahaha..macam penah dengar la ayat tajuk n3 ni..tapi kat mana yaa?
ya betulll..betul..betul..betul...iklan coffeemate nabil tu laaa..

jadi...jom kita pikir dan renung2kan laaahh..

kita sebagai ibu bapa, dan juga sebagai anak...

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih.
Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa.
Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut.
Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah
pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana?
Jawapannya mudah sahaja,
SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana
makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan
anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu.
Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan,makanan emosi dan
spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak
putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan
bersama mereka.
Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka,bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain.
Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin
semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak,
lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan
bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret
saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada
anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad'u (apa ni)
pertama saya.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh , kita singgah di Tapah
untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh .
Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita
tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti
berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk
berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor,
polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam
perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan
anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik.
Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam,
ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang?
Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya
TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada
pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda
Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan.
Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman,
bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja.
What you give, you get back!

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook