KESILAPAN IBUBAPA

BEBERAPA KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH
s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang
mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di
akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

"Tahukah engk au siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang
mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang
yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anak nya itu tidak
memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."
(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabk an beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan
semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan
semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa k ebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada
Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sek olah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau buk it bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokusk an anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambilkira perasaan mereka.

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook