Cutest Baby In Walker Contest

Eh!..Contest lagi..kali ni anjuran ometomei...ermm mood contest menjadi2 plak mama e'Za bulan ni..harap2 penyertaan diterima dan memenuhi segala syarat yang ditetapkan.
takpa.takpa..COBA KAU COBA...lalalala...
Semangat menjadi2 bila godek2 folder terjumpa gambar2 Luqman beraksi ngan 'walker' yang ayah tetiba tergerak hati nak beli semasa shopping barang2 umah kat Giant seksyen 13..masa tu, Luqman baru nak masuk 4 bulan dan belum ada perancangan pun nak beli walker tuuu..



NAMA BABY: EMIR LUQMAN NAZRI
UMUR: 1 TAHUN (berusia 7 bulan ketika gambar ni diambil)

'WALKER' ni telah banyak meninggalkan kenangan pahit manis dalam hidup Luqman yang kini baru mencecah usia 1 tahun...dari pengalaman mama e'Za memang ada baik dan ada buruknya naik walker ni.
Yang baiknya..hanya kepada mama yang menjaga baby..memudahkan kerja kerana walker ni dapat menghadkan pergerakan baby yang suka menjelajah ke serata pelosok umah, menyelongkar pelbagai, jadi bila dah letak dalam walker ni..baby masih boleh bergerak ke sana sini tetapi sukar ntuk mencapai sesuatu seakan2 berada di dalam kandang bergerak ler plak..
yang buruknya..walker ni adalah sejenis kenderaan ringan gitu..bila2 masa je boleh diterbalikkan oleh Luqman yang memandu memang tak pakai brek ni..dan akan mencederakannya.Pengawasan yang teliti amat penting ketika baby berada dalam walker ni, ciri2 keselamatan pada walker tu..biar yang berkualiti..untuk anak2 kita juga..

Sesuatu untuk dikongsi bersama...nasihat dari doktor pakar..,
Sebenarnya ibubapa tak perlu bersusahpayah menyediakan walker untuk baby memasing..kerana baby akan melalui peringkat meniarap, duduk, merangkak, bertatih dan berjalan apabila tiba masanya..lambat atau cepat adalah normal...kerana
dengan meletakkan baby yang masih lembut anggota tubuh badannya, tulangtemulangnya..seperti memberi paksaan kepada tubuh baby tersebut untuk duduk dan berdiri sampai senget2 baby tu..di dalam alat bantuan sokongan yang dikenali sebagai walker ni..
ini agak bertentangan dengan pendapat orang2 lama..yang lebih kepada "kena ajar dari baby lagi..tak bleh manja2kan sangat".
Jadi..sebagai ibubapa..tepuk dada tanya selera..pilihlah yang terbaik untuk anak2 kita.

You Might Also Like

1 comments

  1. tq join contest kiter..
    tomeinyer luqman..
    temban pipinyer..geram

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook