March 31, 2017

babai...suku tahun pertama

ada cerita ada kisahnya ada indahnya,...nak sangat masukkan ke notaharianmama...
tak masuk2 lagi😉
cukup dulu dengan 5keping yang indah dek mata aku ni...
moga indah juga dek mata korang yang melihat...
moga yang indah2 yang manis2 juga menunggu kita di hari depan, ameennn.
salam Rejab...puasa jom😘

ada orang terkenang2 koleksi HK kat Mitsui sale taw,nasib ada mango ciskek jual dalam cup hk mic* as penawar hati
ayam masak merah in english apa mama?...😇mama bila abanglong tak boleh terima jawapan google bagi😏
rahsia mee goreng jadi sedap? ehem..harus ada campur bahan kuat perasa ie:chicken meatloaf digoreng garing...ala2 carbonara kat SR tu😘
yang namanya bawal...kari bawal, bawal goreng memang pencuri hatiku...tudung bawal dah tentu2 la kan😍
keria viral...mana boleh tak masuk notaharianmama, walaupon belinya kat gerai nasi lemak depan rumah jerrr😀

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara

Zaman dahulu bila duduk aja kat restoran kita akan tanya, teh ais ada?
Zaman sekarang kita akan tanya "mamak, password wifi apa"...
Zaman dahulu, imam akan remind, "luruskan saf, rapatkan antara tumit"..
Zaman sekarang imam akan remind, "matikan henpon..."..
Zaman dahulu kita terima khabar mengejut dengan telegram,
Zaman sekarang kita sembang dengan Telegram...
Zaman dahulu banyak accident kereta sebab terlelap,
Zaman sekarang banyak accident sebab sibuk whatsapp.
Zaman dulu kita berjual beli pakai timbang kati,
Zaman sekarang kita jual beli pakai GST
Zaman dulu org bangun pagi dok mikir nak makan ape,zaman skrg org bangun pagi dok mikir nak makan sapa......
Semoga bahagia

Assalamualaikum...
Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Jauhilah sifat riyak dan sombong dgn apa yg kita miliki ..
Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa...
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..
Alhamdulillah..untuk renungan bersama.

March 22, 2017

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula...

tempat kenangan zaman berdua-duaan dulu duluan...
zaman-zaman mabuk mual anak sulung.. situ la en. suami suka bawa..anytime, SA-->PD-->SA apalah sangat😍...privacy situ 7-8 tahun dulu.
Masa tu tempat ni macam terbiar lagi..
selalunya kami parking jauh, bawah pokok rhu pantai sebelah rasanya..
lepas tu jalan kaki kat pasir pantai yang jarang orang lalu.. ada tumbuhan menjalar atas pasir.. hati-hati tumbuhan tu berduri.. cucuk kaki aku, tu yang ingat sangat tu😅
lama dah kan bangunan lama runtuh-runtuh tu dah takde, tapak tu di buat parking bertar sekarang, lama juga perasan cuma kali ni baru berpeluang singgah kembali ke situ.
Dah ada nama.. "pantai cahaya negeri"
cantik lagi terjaga.. ada toilet tempat mandi dan surau yang terjaga.
Menarik la tempat redup-redup gini pada aku...
free je if compare lepak kerusimeja berbumbung khemah..sewa rm50 tau.
Dulu aku suka situ sebab ada jambatan nak ke satu pulau kecil.. feeling-feeling jambatan dalam filem erra fazira berlakon jadi gemoksss tu...gambar kat jambatan sambung next entry la kot😉
Sampai la ni ada je jambatan tu.. ramai nau umat manusia datang bergambar kat jambatan tu sekarang.. pulau kecil di hujung jambatan pun dah ada namanya.. "pulau Burung".
Aku rasa situ sekarang antara tempat riadah orang tempatan.. yang just datang picnic balik hari..
yang nak berkhemah unggun api bawah pokok rhu pun ada je sebab ada laluan kita boleh bawa kereta parking tepi pantai dan pasang khemah sebelah kereta, best kan.

cantik dah sekarang tempat ni...
toilet surau semua dah ada..jualan buih sabun juga yang dicari anak3 aku ni
next time kita datang pagi-pagi..bawa bekal bentang tikar sini😀..feeling2 orang PD
jambatan untuk ke pulauBurung, sebelah sana bawah pokok rhu tu kita boleh bawa kereta ke situ & pasang khemah 👍
view pokok rhu redup-redup sana tu la..tempat feveret aku dulu-dulu😊

March 20, 2017

Happy School Holiday!!!

jadi marilah kita up entry yang...
yang anak-anak kita suka nak buat lah bila cuti sekolah which is bercuti lah..
apa lagi, kan.
tak kisah lah walau cuma sehari dua di hujung minggu,
pada kami tanpa hotel mewah bagai pun tetap bercuti juga namanya😅...janji ada pantai...gituu😎
time kecik-kecik ni je la pon suka nak ajak ke pantai...takde hal bab berendam sampai legam tu...kannn😀
Kejadiannya weekend lepas...ber tema'kan release tension untuk abanglong yang baru selesai ujian KAFA.. ala-ala refreshment gitu.. before hadap ujian kat sekolah pulak.
Alhamdulillah, selesai semua dah..
nah! seminggu cuti sekolah.. jenuh aku pikir aktiviti untuk seminggu ni😏
apaponnn...

new Monday --> new week ---> new Goals! 💪💪💪

March 14, 2017

menggoreng 'pisang Tanduk'

tempias mood entry sebelah...entry masakan keluar lagi di petang mendung hujan tak jadi
haishh...rasa bersalah juga bila terrrrajin menggoreng-goreng time en.suami dok ada ni
ye la..kalau tak si wife yang hidang makanan sihat, siapa lagi, kan😏
masuk umur matang...
beria menyambal menumis hidangan feveret makan bertambah sampai moncet2 bukan lagi kebanggaan...lain yang datang, taktauuu😜..cukuplah dengan 'makan untuk hidup'.
ehem...ehem
kasi chance la...aku layan kegeraman, 2biji je aku beli pisang tanduk
sebijik aku goreng...nikmatnya habis sepiring aku hadap sorang😋
suami tak puashati aku simpan dia dua keping je..hikhik.
lagi sebijik aku biar ranum dan cekodokkan...anak3 aku layan cekodok jer diorang,
tapi kalau pisang goreng makcik taman depan berebut tak hengat
beterabur serdak berminyak dalam kereta...😭

pilih yang paling besar..sebijik rm3.3 camtu
potong ikut citarasa...aku suka yang dipotong sedikit nipis..makcik goreng pisang potong tebal sangat😀
pakai tepung goreng pisang ADABI+tepung beras dan sket tepung gandum...semerbak dapur👌

March 8, 2017

selamat hari Wanita


tadi tengahari perasan pula banyak gambar tomyam berlalu lintas kat ig😋..
kebetulan aku pun ber'tomyam gak tengahari tadi..
beria aku minta en.suami rasa tomyam kat dalam kuali..
beria pula en. suami nak lebih garam, nak lebih air limau nipis cili padi semua..
haihh, jangan memain dengan citarasa orang baru balik dari telukSiam tau😉
So, gambar tomyam aku siang tadi malam baru ke udara... lepas aku rasa sendiri masa berbuka tadi...nak tunggu time suami ada gak baru nak berpuasa bagai..
kononnya...bila suami dah ambik alih tugas supir, dapatlah si wife berpuasa dan memasak dengan tenang😊....biasalah macam-macam nak dimasak bila puasa, kan.
and... sempena hari wanita today, aku berbuka dengan 2potong kek en.suami belikan masa dia keluar beli ikan bilis,
oishh... tengok resit rm70lebih, asalnya nak beli ikan bilis je.. 😂
er..ok la amount tu nak compare kalau wife dia yang pi beli ikan bilis kat pasartani stadium.. hiks,
sah-sah berdouble amount tu😜
..huishh..seram nak keluar beli-belah tanpa list nowadays.


March 7, 2017

berkongsi rahsia kehidupan?

Saat kita memberi, kita akan menerima. 
Saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri. 
Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri.
Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi bagi ramai orang.

Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya.
Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi. 
Lebih suka ditolong daripada menolong. Hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.

Ada perumpamaan menarik, 
seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. 
Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu.
Keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya.
Lelaki itu bertanya,
"Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"
Orang buta itu menjawab, "Untuk menerangi jalan yang ku lalui".
Dgn nada hairan lelaki itu bertanya lagi, "Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?"
Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, "Meski saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan org lain untuk tidak melanggar saya"
Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu utk diri kita sendiri.
Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.
Ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang inginkan barakah, tenang dan hidup bahagia.
Pun begitu, rahsia kehidupan ini tidak bernilai bagi orang-orang yang ego, kedekut dan melakukan sesuatu berdasarkan hanya untuk keuntungan dan kepentingan dirinya sendiri.

 ...sebuah perkongsian untuk direnungi bersama👍

March 6, 2017

majlis kawen sedara-mara

lama dah rasanya tak bertemu sedara-mara belah keluarga en.suami
kena tunggu hari raya...
baru semua anak cucu cicit balik berkumpul di kampung tokPah kat Parit Buntar
lagi satu bila pakcik2 en.suami yang dok kl dok cheras sana tu berkenduri-kendara
wajiblah semua munculkan diri😊
boleh jumpa tokPah yang semakin dimamah usia...
tersentuh hati bila tokPah bagitau mata pun dah tak nampak,
meraba nenek bersalam membelai cucu-cicit yang saban tahun bertambah-tambah

kali ni kenduri kawen anak Pakcik yang dok kat Bandar Sri Permaisuri
majlis kat Pusat Komuniti...kat tingkat8, boleh tengok lrt lalu bawah sana😀
bergambar kat photobooth😍
pengantin dah sampai
bagi laluan, raja sehari menuju ke singgahsana indah di pentas depan
makan dah..bertemu sedara dahhh..2 maam besar berselfie kat belakang...balik dahhh
hari ni nak share ole-ole best dari keluarga pengantin....kek marble sedap👍dalam kotak hadiah, kata anak3
serius sedap👌...goodie bag untuk birthday anak-anak kat sekolah pun menarik ni👍

March 3, 2017

daftar Aisyah ke Tahun 1

Alhamdulillah,
selesai sudah hari ni daftar persekolahan Aisyah ke Tahun1 bagi sesi persekolahan 2019
berkobar haa..maknya nak daftar cepat-cepat,...
risau pula bila dengar cerita tahun ni ramai adik-adik kepada kawan-kawan si abanglong yang tak dapat masuk ke sekolah kat sini,
...terlalu ramai tak tertampung dek sekolah yang baru setahun beroperasi.
dari satu sesi..tahun ni ada sesi pagi dan petang...masalah tak cukup cikgu pula
banyak cabarannya sekolah baru...😊
hari ni baru hari ketiga permohonan dibuka...nama Aisyah dah no.11...
moga adalah rezeki Aisyah untuk bersekolah di sekolah yang sama dengan abangnya,
dekat dengan rumah., penting tu!
Kepada yang terlepas pandang...
permohonan ke tahun1 bagi kemasukan 2018 dan 2019 telah pun dibuka bermula
1mac2017 --> 30april2017
...korang yang ada anak lahir tahun 2011 dan 2012 tu..jom daftar cepat.

macamana nak daftar?
mula-mula kita isi borang secara online kat laman web KPM https://public.moe.gov.my
dah siap..print setiap helaian dan bawa ke sekolah yang telah kita pilih untuk pengesahan.
Nanti dalam borang tu ada la disenaraikan dokumen penting yang kita kena bawa sekali masa nak buat pendaftaran kat sekolah.

selesai proses pendaftaran...tunggu step seterusnya...untuk menyemak status permohonan yang biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/ogos nanti.
jika berjaya..tunggu sekolah hantar surat tawaran yang kita perlu simpan elok-elok..
kena bawa pada hari pertama persekolahan kelak..
jika tak berjaya...kena tunggu lagi..tunggu tarikh untuk membuat rayuan pula dibuka.
dah buat rayuan..tunggu lagi?😁



March 1, 2017

Bismillah...

"apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, 
maka percayalah...
Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka".