February 28, 2017

bihun sup utara & tasik Darulaman Park

tahu tak 'Darulaman Park' tu kat mana?
yesss! kat jitra, Kedah nun utara sana...lokasi bersebelahan highway menuju ke Bukit Kayu Hitam.
antara tempat menarik untuk dikunjungi di Kubang Pasu, daerah paling utara di negeri Kedah.
kalau becerita bab makannya pula...hmm..
bihun sup kat jitra memang antara yang aku cari lah setiap kali balik ke sana
memang lain dari yang lain yang korang tak boleh jumpa rasa tu kat mana-mana tau dak?
so, jangan lupa try bihun sup depa kalau sampai ke bandar jitra, okeyh😉

entry kalini...jom kita ke taman tasik darulaman
inti kastard jagungnya tu..memanggil-manggil aku untuk ke pasar pagi di market jitra😋..3singgit👍
'counter' untuk membeli tiket...macam-macam ada, nak ke toilet, ke surau semua di situ.
dapat kawan terus ceria
menghayun buaian di tepi tasik
mampir ke tepian air untuk snap gambar si telipok..hehe, itu aku
ini yang nak bagitau ni..kat tasik tu pun ada bihun sup jitra yang👌👌👌..nikmat sangat makan tepi tasik pulak tu.
tuuu..cabai dia tuuu...yang tuuu la rahsianya😋..cabai mau lebihhh.
terliur???...okeyh!jom pi makan bihun sup sekarang...😜

February 25, 2017

yang indah yang dirindu

ingat lagi...ingat sangat-sangat
pagi 1mac 2016, ...aku tiba-tiba jadi teringat, ingat sangat-sangat..walau aku dok buat itu ini,
akhirnya lepas satu...satu aku post kat ig aku pagi tu, err..rindu sawah bendang jer ponnn😁
..boleh tengok kat ig gambar-gambar sawah bendang, gambar bangau hitam &putih yang aku post pagi 1mac tu

yang pasti..
sawah bendang dan 1mac itu telah meninggalkan satu kenangan yang amat terkesan pada aku.
...bila tengok sawah bendang...even hanya gambar sawah bendang yang aku tak tau kat mana ceruk letaknya...dan dan aku seolah nampak dia ada di situ...terkenangkan dia.
"Al-Fatihah" untuk arwah ayahku...menghampiri ke setahun pemergianmu.

balik kampung december tu hari
hanya yang ada keinginan mampu meniti menyeberangi...

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 💪
anak daddy cool ni tengok dari seberang cukuplah😉

February 10, 2017

jalan-jalan naik MRT

cerita hujung-hujung tahun lepas,
masa "jom naik MRT" mula dilancarkan, "jom naik MRT" percuma selama sebulan untuk fasa pertama MRT laluan Sg. Buloh ---> Semantan.
Beria kami pi naik MRT...tahu kami nak ke mana?...nak pi makan sate nun kat Kajang...hahaha.
rupanya MRT baru fasa percubaan, jalan sampai Semantan saja😀
Kami parking kat stesyen "kwasa Sentral", stesyen ke-5 kalau dari Sg.Buloh,
selang dua stesyen..dah sampai "Mutiara Damansara"...ehem, pergi IKEA jom...tapi jangan nak membeli sangatlah, kita naik MRT ok😅
memang menapak betullah bila jalan-jalan naik MRT ni, pakai la kasut yang selesa,
praktis2! gini la kalau mahu travel negara orang, naik turun mrt sana sini.


February 7, 2017

satu senja...di Putrajaya

Atas sebab yang tak dirancang, 
henpon kesayangan aku telah ke Putrajaya malam minggu bebaru ni. 
Tidaklah dapat aku bercerita panjang sebabnya yang ke Putrajaya tu henpon aku je, aku tak.. hiks.
Yang pasti henpon aku tu tidak pernah lupa untuk merakam kenangan walau ke mana saja perginya...... i like💖
Buat apa senja-senja kat Dataran Putra tu,
orang Putrajaya pun reti nak masuk rumah time senja gini kot 🌇

bertuahnya henfon dapat ke majlis ilmu...@masjid Putra, Putrajaya.

February 6, 2017

cerita "rendang"

bukan rendang tak berbuah.. tapi rendang ayam aku pantang nampak😋
hamboiii...cerita masak lagik?...mentang-mentanglah terkasima tengok ramai singgah tengok lauk aku masak semalam-semalam tu🙈..maap na, tajuk ala-ala blog resepi tapi malas salin resepi.
Aku kan kalau pi makan ke membeli laukpauk ke kalau nampak ada rendang kan mesti tak tentu arah, .. kalau tak beli confirm balik tu terkenang-kenang..
esoknya aku pi jugak beli, tapi paham2 la rendang ni gu dia pulut kuning.. baru syok,
lepas makan mabuk kepayang abislah apa kerja tak jalan nanti...
tapi sekarang teror dah, tak pulun sangat tang pulut tu.. lepas tu back up dengan itu ini  lagi so takde dah mengantuk kepayang badan berangin ke semua tu, alhamdulillah.
Nak makan pun kena ada ilmu juga haa bila semakin banyak usia😅... lainlah kalau budget hebat minum vivix terus hilang semua masalah😏,..Ye ke???
Eh, mana cerita rendang nya 🙈
Bangun pagi merendang di hujung minggu..
melempeng juga sambil-sambil tunggu rendang kering..buat gu
suami tanya kenapa rendang aku merah, ipar-ipar masak, kuning rendangnya...
err!aku orang utara..rendang merah, hiks.
sapa teror masak rendang kuning mai jawab sat, aku zaman berzaman rendang merah la si pencinta cili kering.. katanya :)


February 3, 2017

sup daging Siam

terbawa-bawa aura ayam kunyit siam👌👌👌semalamnya tu...
esoknya turn sup daging siam pula...ala Thai sungguh aihhh!
resepinya?...glamer sangat sup daging siam ni, berderet resepinya kat google sana...
paling penting kena ada bahan asas masakan thai tu la ketuk-ketuk serai halia lengkuas daun limau purut...then tumis sekaliharung bersama-sama 4sekawan dan bawangan, semerbak semua...buh rempah sup..terus jadi sup siam😋
hehe..refer blog-blog resepi untuk lebih faham ya, aku ni serba ringkas ja bab masak-masak ni.
eh..dua bahan lagi kena ada...sira jus limau nipis kalau nak feeling sup sedikit masam,
juga cili padi..tu aku skip la anak3 nak makan juga kan.
bertambah nasi memasing.
orang utara tak makan dengan cili kicap sup-sup ni...lagi syok gu dengan ayaq asam berkerisik👌

eh!..gambar tak berkaitan pulak...sambal belacan semalam kot ni😅
sup daging siam dan ayaq asam utara👍
meratah hirisan bawang dan tomato mentah tu bukan saja 'best'...tapi dalamnya ada khasiat yang sangat bagus untuk membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah kita tau!

February 1, 2017

kurma Ayam rempah Tanjong di kepala meja cerita tahun ayam

teringat ayat tok-tok kita dulu-dulu,
adat berhidang...haruslah ada satu juadah terlazat sebagai mengepalai meja
kalau orang sekarang lagi familiar kata 'main dish' la kot.
😄😄😄
cerita masak-masak membuka cerita hari ni...bulan ni ke tahun ni sebenarnya,
..january semalam-semalam tu cerita throwback tahun lepas yang entah lah bila nak habisnya😊
pertama kali mencuba 'rempah kurma Tanjong'..., yang tahun lepas tu ada sekali ternampak ramai blogger pakat dok masak kurma guna rempah kurma Tanjong tu...kenapa kurma jer yang diorang masak ye?...padahal ada je rempah kari ikan/ayam/daging semua tu juga.
ada sekali jalan-jalan dalam mydin usj ternampaklah rempah Tanjong ni..jomlaa kita pula try...
berjaya tak mengatasi kelazatan rempah baba's alagappas semua...ke sehebat rempah kurma ADABI..ke rempah Faiza ke mak Siti???...jomlaa share rempah keluaran mana pilihan selera korang?...boleh kita pakat-pakat cuba lepas ni😋

ayam bahagian bertulang untuk kurma, bahagian isi ku goreng kunyit..
siap dah kurma ayam rempah Tanjong, haruslah ada semerbak saderi dan bawang goreng untuk memikat selera anak3
haruslah try test resepi yang kat belakang peket rempah tu
ayam goreng kunyit Siam(resepi dari FB)...👌penambah rasa bangkitkan selera😋