January 30, 2017

hang pi mana?..tau la pi Penang, pi tang mana?

last KAH yang ini😁
...last entry menutup cerita ke Penang hujung tahun lepas, dah-dah la tu, dah nak masuk february pun.
tapi, tengoklah nanti mana tau kot muncul entry nak review-review hotel ke, singgah tempat menarik ke..makan-makan sedap ke ala blogger hebat dok buat tu...baru la style, kan😊
err..entry syok sendiri ala cheq ni,...tak stail eh? haha..
gambar hilang!...confident je delete lepas transfer, sekali check balik banyak yang takde, aduhaiii, terbantut entry syok sendiri ke Penang kali ni nampaknya...
nak suruh jalan Penang lagi lettewww😉

singgah Padang Kota, makan-makan
jalan-jalan makan angin tepi laut sambil makan eskrem padang Kota
si kecik dedar...jenguk juga sekejap ke pantai Shamrock@batuFeringghi
demi membahagiakan yang lagi dua tu...mula celup kaki, sekali toleh dah berendam, penuh pasir poket jeans
malam minggu@batuFeringghi happening juga, bangun pagi-pagi laju pi beli jeruk pakAli
till we meet again....daaa😍

January 25, 2017

naik feri ke Pulau Pinang

vrommm sana...vroommm sini💨
january hampir ke penghujungnya...paling tak tahan, esok sekolah dah start cuti CNY..6hari tau,
ke mana kita?
check weather...seperti dijangka, mendung sejuk ginilah selama cuti cny ni...
hmmm..apalah sangat pun kalau nak dibandingkan sedara kita yang ditimpa musibah banjir di sana
apapun semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindunganNYA, aminnn.

err...ada ke yang plan nak ke Penang?
double triple sesak lah Penang bila anak cucu balik beraya...time cny gini😄
apa pun Penang tetap best!...semua suka nak pi Penang?..knape agaknya ye???

jom layan gambaq pi naik feri Pulau Pinang masa cuti sekolah hujung tahun tu hari..dulu.

tips berjalan #1-dalam kereta semestinya sarat dengan bekal makanan, nasi lemak bungkus pun ada...😋
tengah q nak naik feri...jangan nak keluar2 dari kereta..lapar? tu sebab kena standby makanan
dah masuk dalam feri, baru boleh keluar dari kereta ambik angin..hati-hati,sila jaga anak3 memasing
indahnya Penang, jom naik feri selagi ada hayatnya
pose dengan feri di atas feri...
dah boleh masuk ke kereta, dah hampir sampai kita
yok mampirrr😊...snap jangan tak snap!
yeahhh!welcome to Penang Island😎

#gunungJerai dan ceriteranya

...mitos, lagenda...misteri,
cerita orang bunian...semua ada di puncak gunung Jerai.
mungkin sebab tu...
atok nenek kita melarang sebolehnya tak payahlah dok pi panjat gunung Jerai tu...
mungkin sebab tu juga aku sengaja buat lambat-lambat hasrat suami yang nak sangat naik gunungJerai.
ada juga aku dengar perihal "tok Sheikh", dan pernah tertengok kat tv diorang buat liputan...suasana hutan kat atas gunung di padang tok sheikh, cerita pembinaan menara...pengalaman bermalam atas batu kapal...air terjun dan gua naga...dengar cerita ada kolam bunian juga tapi tak digalakkan lah kita ke sana...ehh, macam-macamlah ada kat atas gunungJerai tu..cer try google😘
kalau korang jenis yang minat sejarah, ke mistik ke suka nak tulis ala-ala pencinta alam, mitos lagenda semua tu...gunungJerai harus korang terjah💪

suka tangkap gambar bunga yang jarang-jarang kita nak jumpa???
kalau mendaki dari titi hayun...melalui "Tangga Kenari"..pendakian akan berakhir di simpang ini.
lokasi "telaga Tok Sheikh"

January 18, 2017

#gunungJerai kami mai!

gunungJerai kami daki... tapi meh nak habaq siap-siap...
'gunung Jerai kami daki'⛰.... by car 🚗
yup, tak dapat la nak ber'jungle tracking bagai kami ni, berdukung bagai adalah.. hiks.
Errr.. tapi ramai je yang macam kami,
kalau tak confident untuk drive kereta sendiri, ada je disediakan transport berserta driver juga untuk bawa kita naik ke puncak gunung Jerai.
Ada apa atas gunung Jerai tu? "nak pi naik cari apa aihh"???
ingat lagi kata-kata mak sedara bila aku bagi tau nak pi naik gunung Jerai.. tu belum cakap nak pi tidur kat gunung Jerai lagi tu.. mau macam-macam lagi ayat tak setuju dia keluar nanti.
1st time juga aku naik ni.. walaupun zaman-zaman sekolah dulu sentiasa ada jer persatuan kat sekolah dok pi panjat-panjat gunung Jerai ni..
hutan weyhh.. hutan, mulut mau cakap yang baik-baik saja.
Aku siap ajar anak-anak bagi salam dulu masa kereta kami mula nak mendaki tu..
Alhamdulillah, rasa dipermudahkan walaupun ada jumpa benda yang tak masuk akal juga lah... contohnya macam nampak lelaki tua bertongkat jalan kaki sorang-sorang, heran tapi buat tak tahu sudah, hutan kan, tapi lepas tu serempak pula dua perempuan berkaki ayam jalan turun bukit, kasut ada tapi pegang.. jungle tracking kot... tak jumpa pun kalau-kalau kereta rosak tepi jalan tu.
Kami arah mendaki.
Sampai atas jumpa 2 persimpangan kami pilih kanan terus masuk parking resort....
simpang ke kiri pula lorong kecil menurun bukit.. cerita tok Sheikh kita sambung next entry,
in shaa Allah.
Pada aku,... banyak-banyak tempat tanah tinggi yang pernah naik..Cameron, Fraserhill, Bukit Tinggi, Genting.. gunung Jerai paling aku kecut perut dengan struktur jalannya... macam genting ke gunung Mat Cincang tu kecut juga tapi kecut stail naik cable car la pulak😅

kami di puncak JERAI
saujana pemandangan sawah padi di bawah sana, sory'camera hp gitu je la seadanya
muka ngantuk jer masing-masing dibelai bayu sejuk gunung jerai
tapi rasanya...gunung sebelah tu baru betul-betul puncak jerai kot
depan lobby
gambar aku snap semua nak ada hidrangea...segar bugar depa kat atas sana
mana ada hidrangea...situ ada aku...ehh, suami pun kena paksa bergambar dengan hidrangea👀

January 17, 2017

rtc Kedah letaknya di pekan Napoh

'napoh'...antara perkataan yang berasal dari negara jiran..Thailand,
eh..boleh kata semua nama tempat yang glamer kat Kubang Pasu tu berasal dari bahasa siam pun..Jitra, Kodiang, Changlun...sedikit pelik bunyinya kot, kadang dijadikan bahan untuk membahan.
ecehhh..okey!back to realiti, belum nak jadi wartawan lagi😅
walaupun tajuk atas tu...seakan-akan ye?
bukan nak buka cerita tentang rtc Kedah, bukan juga perihal pekan Napohnya
masa aku balik kampung hujung tahun tu hari...ternampak banner "pesta orkid&flora" kat rtc Kedah...ada satu malam tu aku pun ajaklah mak dan adik aku ke sana,
saja pi malam, feeling-feeling ke pesta Pulau Pinang😄..ehh, lama betul tak ke pesta Pulau Pinang, ada juga tido Penang cuti tu hari..tapi hotel kat Batu Ferringhi, memang taklah nak turun ke pesta, nun boleh tahan nak pusing pulau juga malam-malam pulak tu.
Pesta kat napoh pun menarik apa, ada tempat anak nak main-main, nak makan-makan, nak beli-beli, tudung bawal/shawl pucci😊 paling meriah...cantiknya lahai syok tengok.
tapi lagi syok tengok bahagian pesta floranya lah...dapat kenal-kenal belek-belek pokok yang selama ni cuma mampu tengok kat google..macam 'pokok daun rama-rama', pokok buah fig ramai yang beli...dan kenal banyak lagi pokok-pokok yang aku belum pernah dengar namanya apatah lagi tengok pokoknya, kiranya dapat tambah ilmu jugalah..jauh beza bila pergi pesta flora kat Putrajaya sebok dengan nak bergambar saja sebab cantik sangat😊

my bayang2 ni of coz la ada dimana aku ada😘...baju tido jer haa
mak dan orkid'sss

January 13, 2017

meriahnya "Pantai Merdeka"...silalah percaya

memandangkan rumah kakak sepupu yang berkenduri tu berposkod Kota Kuala Muda...
lajulah kami adik beradik menjejaki pantai Merdeka yang juga berposkod Kota Kuala Muda...
rupa-rupanya...perghhh!
patutlah pantai Merdeka jarang-jarang sekali disebut-sebut, boleh tahan berkematu nak sampai ke pantainya dari bandaraya Sg.Petani tu...memang tak ingat langsung jalannya..bergantung ke gps semata.
Bila last aku ke pantai Merdeka ya?...rombongan asrama masa form berapa ntah?
eh?
meriah kemain Pantai Merdeka...jangan tak percaya?
paling sesak kat food court, kat lorong gerai-gerai jual makanan...playground, dan parking😨
just mencelah beli kopok lekor bawa pi makan atas tembok tepi laut tu.. hari sabtu...mungkin?

pose 1st time ke pantaiMerdeka
saya dah sampai pantai Merdeka
boleh naik bot untuk ke Tg.dawai di seberang sana, tapi kat kenduri dah kena warning jangan nak naik2 bot kat situ😁

ramai jer yang bermandi-manda di hujng sana..eh..ehh..gunung jerai  melambai-lambai😀
jauh juga jeti sebelah pantai Merdeka..nun hujung sana nampak macam botnya.
sunset di sebalik bukit bukau
tak puas memanjat playground adik kita ni...dah kena ajak balik
abanglong yang tengah sangat berminat dengan layang-layang la pulak...
ehhh!apsal gambar mama takde langsung?...esok-esok kena edit balik nih 😜

'walimatulurus'

sepupu sulung ber 'walimatulurus'
Kakak sepupu paling sulung belah mak.. ada 2 anak dara cun, sorang dah kerja, sorang belajar lagi...
sah-sah la yang dikerja kawenkan yang dah bekerja, sapa suruh taknak belajar lagi, kan dah kena kawen :D
Eh, budak-budak sekarang memang suka nak kawen cepat-cepatkan..
Cepat bertemu jodohnya. Tak lama lagi bercucu lah aku.. Hihi.


aci dak gambar dua keping ni saja...
cukuplah kannn...memang ini ja yang nak di tengok sangat pun..pengantinnya, pelaminnya...
hantaran's seadanya...err..err, mamalong pengantin yang bakal menjadi neklong tak lama dah tu takmo tengok ke...gaya dah ada tu😘

January 12, 2017

jangan pernah jemu #kualaPerlis

satu tempat yang suami suka nak ajak pi setiap kali balik kampung,
"jangan pernah jemu tengok laut"🌊
Panjang sebenarnya pantai kualaPerlis ni, tak tersusur rasanya kalau berjalan kaki.
jalan berturap sepanjang-panjang kuala tu bertukar sesak di kala petang dengan yang berkereta bermotor, masing-masing nak menyusuri, memancing tak kurang yang makan angin di kuala Perlis.
Deretan gerai yang berjualan sepanjang-panjang jalan, gerai belacan sedap KualaPerlis pun kat situ, tapi suami macam biasalah memilih untuk parking kat medan ikan bakar area Putra Brasmana sana, sentiasa ada saja parking kosong untuk kami setiap kali kami ke situ.. mungkin lain masa boleh singgah ke gerai-gerai di jalanan pula untuk gambar dan pantai yang lebih santai😘

december 2016, kualaPerlis
bubbles & sunset
setiap kelompok ada besen buih sabunnya 😜..hmm, masjid dan medan ikan bakar tu dah ada ceritanya @notaharianmama
tujuan lepak situ...anak bujang nak main layang-layang😀, aqil dah dapat kawan😻
main layang-layang kat pantai kualaPerlis, sambil duduk pun layang-layang naik😁
dapat buih sabun...ayah sorang lah yang main layang-layang nampaknya.
sedikit kata-kata buat kenangan📹"an evening in kualaPerlis"

January 11, 2017

ber5 @big red strawberry farm

ambik mood dulu eh,
nak sambung update jalan-jalan hujung tahun tu hari. sengaja tunggu hari nak join 'wordless wednesday'..boleh upload gambar w/sikit-sikit celoteh harapnya👍
Big red strawberry farm @cameron Highlands, sapa ajerr yang tak pernah sampai, kan
tak sempurna la percutian ke cameron kalau tak singgah makan eskrem kat situ,
nak feeling-feeling petik strawberi sendiri pun boleh, tapi yang ber3 tu maknya macam tak confident lagi nak bawa petik strawberi 👦👧👶
..hmm.. layan bergambar dengan replika strawberi pun cun juga :)

January 6, 2017

Membuka tirai 2017

Tak muncul-muncul entry 'selamat tahun baru' pun lagi eh 😅
entry jalan-jalan cuti sekolah December lepas banyak tak abih lagi, tu 'kiv' sat.
haruslah bagi laluan kepada cerita paling hot di awal tahun.."cerita anak-anak ke sekolah"
...seringkas yang dapat, janji masuk blog.
Anak no.1, mr.abanglong masuk 'tahun 3'.. Alhamdulillah, semakin 'matured',
tqsm buat cikgu-cikgu yang telah meletakkan nama abanglong dalam barisan
'Pengawas sekolah 2017'.. buat abanglong lebih yakin diri 💪💪💪.. penting tu,
tak apalah berhabis sikit beli itu ini bagi mengikut piawaian keseragaman.. baru 'smart'😎
moga semangat maju jaya dalam pelajaran juga sentiasa berkobar-kobar.
cik kakngah Aisyah juga dah start ke tadika tahun ni, alhamdulillah bersemangat untuk ke sekolah setakat ni... siang malam asyik becerita sekolah dia..tak sabar nak ke sekolah setiap pagi, so sekali keluar dengan si abanglong...gelap-gelap 7pagi dah keluar, lepas hantar si abanglong terus hantar kakngah Aisyah pula.,abanglong dah jadi pengawas sekolah ni kena sampai awal ke sekolah, tak dapat naik van sekolah lagi la nampaknya.
Mama tak payah nak malas-malas kat rumah sangatlah, jom hantar anak-anak sekolah😂
moga anak-anak mama menjadi orang yang berjaya, dunia dan akhirat, aminnn.

buku tahun 3, "selamat belajar abanglong"
mama tak boleh ngelat dah, rajin2kan diri iron kemeja lengan panjang😅, lega sebab cikgu pilih brand "canggih"👍
sementara tunggu hari perlantikan rasmi...baru dipakaikan tie&vest semua tu, jahitkan dulu lencana yang ada.
kesesakan di hari pertama sekolah...ramai parents tahun1 lepak kat sekolah...
Alhamdulillah, muka monyok hari pertama sudah bertukar ceria...👍selamat maju jaya untukmu anak-anak.