December 27, 2016

Ulangtahun 'bulanmadu'

15dec berlalu lagi,
pejam celik pejam celik sudah tahun ke 9 aku dok la menunggu membilang hari tibanya 15dec saban tahun.. bukan celebrate sangat pun saja suka-suki countdown.. pernah je 15dec yang suami nun tengah laut mencari rezeki.
Alhamdulillah, December2016 ada rezeki  aku&suami berulangtahun bersama, 
tiba-tiba rasa nak makan strawberi celup coklat kat cameron, al-maklum dulu kawen saing-saing 'ctdk'.. zaman-zaman strawberi celup cekelat glamer habaq ang.
Strawberi cameron ni sedap makan kat tempat dia je, yang besar-besar kat' big red strawberi farm' pun kalau beli bawa turun dari cameron dan dan la rasanya bertukar masam sampai terkenyit-kenyit mata lah kalau lidah jenis tak tahan masam.
.....better beli strawberi yang dikeringkan jadi halwa untuk bawa balik..yang tu sedap๐Ÿ‘

December 26, 2016

pit stop wajib sebaik tiba di Cameron Highlands

ini kalau naik ikut Tapah or Raub lah,
kena ja tempias bayu sejuk Cameron Highlands, masing-masing la nak cari toilet.. tak main dah toilet stesen minyak, nun nak toilet kat ladang teh nun.. hikhik.
Selesai hal toilet baru senang hati kot nak relaks santai makan scone ke minum teh tarik ke.. ke nak turun berlari anak, main tut cak celahan pokok teh ka.. hihi
kami tak turun pun.. macam panas ja pada pengamatan mata hati keibuan aku ni,
anak3 aku sensitif kadang.. tak boleh terkejut terkejut suhu ๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜ฐsat panas sat sejuk gitu kang mula la dedar selsema bagai.
Alhamdulillah, syukur takmo bersungut Cameron panas ke apa lah, nak pi time hujan sejuk ni lain pula ceritanya... seram eh, yang viral tu cecepat baca berita tanah runtuh kat Cameron semalam... boleh fobia naik Cameron mereka-mereka yang terlibat.. moga keadaan di sana kembali pulih sepenuhnya, ada rezeki kita naik Cameron lagi⛰

ulangtahun "bulan madu", bulan madu tu apa mama๐Ÿ˜
lagi dan lagi sekali...membuang pandangan
si 'purple' yang menarik perhatian...i purple hari tu๐Ÿ˜Ž

December 24, 2016

monorail ke Berjaya Times Square

Sambung cerita kenapa aku tiba-tiba nak naik monorail... eh,
kasi chance laa.. December nih..๐Ÿ’‘ sambil cerita kat anak3 dulu sebelum kawen ayah dan mama naik monorail ni la pi ofis ๐Ÿ’ž
Keluar kat Imbi station untuk ke Times Square, tambang monorail rm3.1(7 tahun ke atas)
bawa anak3 tengok orang menjerit naik rollercoaster kat Berjaya Times Square theme park tu...ternganga mulut memasing,
cepat je Aisyah bagitau dia takmo naik satgi kepala pening๐Ÿ˜€... lega dengar, aku pun ngeri eh,
tapi genting punya aku naik gak dulu-dulu, biar merasa.. katanya๐Ÿ˜ฑ
Lepas tu tengok kenapa semua kedai spek buat offer tak masuk akal ni, tak boleh jadi ni!๐Ÿ˜Ž
satu jam tunggu spek siap, suami ajak makan burger kat Wendy's..lepas tu beli boneka anak ๐Ÿ•
si 'PAWPatrol'  tu pulak.. hadeiiih???
lepas tu.. lepas tu..yang pampers tembus, yang nak cari surau nun hujung dunia...selesai begitu begini we pun naik monorail balik ke station we park kereta, saing ramai-ramai time orang balik kerja pulak tu, sederet acik-acik dalam monorail tu bangun offer tempat duduk ke rombongan aku anak-beranak๐Ÿ˜….. tq sangat-sangat.
Baru sehari jalan-jalan guna public transport..ke kl baru, tapi diorang punya letih...๐Ÿ˜ฒ
cemana nak travel negara orang cenggitu gayanya???

*google pic
burger's๐Ÿ’–
monorail moment :)

December 22, 2016

cuti sekolah @nuSentral

cerita dua tiga minggu lepas,
Plan nya nak mencari beli sesiap la semua keperluan persekolahan abanglong tahun depan sebelum ke mana-mana, bercuti ke balik kampung ke?
sementara tunggu suami yang kena masuk ofis pagi tu, aku dan anak3 panjangkan langkah ke
nu Sentral...sesampainya kami ke sana,
elok pula ada di buat tempat sesuai sangat untuk aku dan anak3 melepak sementara menunggu suami. Hampir setengah hari juga lah siap boleh jalan-jalan makan semua,penat berjalan sambung duduk situ balik. Suami sampai sekali lagi sesi makan lepas tu aku tiba-tiba nak naik monorail..haha ๐Ÿš 


sardin tumis dan telur dadar

Alhamdulillah;
dua minggu berjalan...dua minggu makan kot jalan๐Ÿด
dahhhh!
jom kembali ke pangkal jalan
tengahari tadi dapur cheq berasap kembali....๐Ÿณ
hujan mendung gini sangatlah malas nak keluar for groceries...apa yang ada ajerrr.
tinggal baby kailan dan carrot stok dua tiga minggu lepas..hiks, elok pulak segar bugarnya kat dalam kotak sayur tu. layankan dengan sardin tumis dan telur dadar memang gandingan hebat tak terkatalah ditambah pula alunan hujan tip tap tip tap ๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’งmenimpa awning tingkap dapur๐Ÿ˜‚

terima kasihlah singgah baca kemerapuan cheq yang tengah mencari mojo..tuk kembali menulis.

December 6, 2016

sedapnya roti john @foodtruck merah tu...

weekend tu hari balik kampung atokDin kat Shah Alam sana๐Ÿ˜Š
malamnya masa on the way balik we pusing round tengok kemeriahan kat dataran kemerdekaan, meriah ke idak?.. cuti sekolah macam tak berapa ramai yang datang.. meriah dengan yang menjual je, maybe awal lagi kot masa we lalu tu.
Cuaca malam pun dah ok sekarang so jom la kita park kereta dan turun bentang tikar atas rumput
sesambil round deretan foodtruck.
Aku beli ayam goreng singgit dan pulut mangga juga, pulut durian pun ada..memang nyum..nyum.. sangatlah makan ayam goreng panas-panas, bersila atas tikar berbumbungkan langit tetengah padang kemerdekaan tu kan..
Eh, tajuk aku 'roti john' sedapkan.. hikhik.. yup! memang๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘,
next.. next..weekend kita picnic sana lagi, nak?...๐Ÿ˜˜

December 2, 2016

diari seminggu

tup tap tup tap...⛈⛅
seminggu berlalu cuti sekolahnya si anak, seminggu juga si emaknya pula cuti berblog..hihi,
tak ke mana-mana lagi, mengeram diam-diam kat rumah juga paling best dengan cuaca lately,๐Ÿ˜‰
just sesekali keluar top up apa yang patut, susu pampers laju pula surutnya,
biasalah hujan, dengan sejuk dinginnya, bertambahlah minumnya bertambah juga lah yang keluarnya.
Dah keluar tu sambil-sambil usha lah kemeriahan "back to school" di mana-mana.
Abanglong pakai kasut hitam tahun depan,..tu aje la kot nak beli baju semua dah tempah kat "Canggih" yang datang ke sekolah,..beria promote "Canggih" begitu begini ke mama dia,
sampai beg kasut semua lah nak beli kat 'Canggih"...
siap la mama, anak lelaki sulung dah mula buka mata๐Ÿ˜Ž
Habis dah berlalu November dengan ๐Ÿ’ฆ'nya. Memasing pun dah pakat-pakat 'hello Disember'.. sebulan untuk kita nak begitu nak begini, semoga kita semua dipermudahkanNya, aminnn.