October 31, 2016

suatu ketika...#kedahjuarapialamalaysia 2016

Lama dah Kedah tak julang Piala Malaysia..
last tahun 2008, tahun aku lahirkan abanglong.. ingat-ingat lupa time tu, al-maklum tengah excited nak timang anak ke dah ada abanglong time tu?
Ingatan aku lebih kepada zaman kegemilangan bola sepak Kedah masa aku muda remaja,
zaman bangun pagi-pagi pi market beli ikan sayoq, 'sorathabaq' jangan lupa...padahal puas kupas makan kacang goreng depan tv malamnya, haha.. zaman anak dara jangan dok terlebih sorak terjerit mengilai sangat aihh!
hari ni beria bawak balik "sorathabaq" free
 "Kedah! Kedah Pantang Kalah" ':)

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

October 28, 2016

nasi daging & air asam berkerisik

assalamualaikum wbt.
cuti-cuti ni kita buka cerita masak-masak aje la,
nak keluar kesian pulak nak tinggalkan si abanglong tu sensorang kat rumah..nak dibawa keluar memang tak patut sangatlah kan, "chicken pox" pulak tu..silap haribulan boleh kena denda jugak
si abanglong pulak komplen gatal-gatal lepas makan sup ayam dua tiga hari lepas...
tu yang stop terus makan ayam buat masa ni, emak paling happy...boleh jemu juga kalau asiklah masak ayam semedang...makan apantah lagi ;)
elok sangatlah geng air asam pun ada kat rumah,...syok sket nak masak bila ada geng nak makan.
nasi daging ni trademark orang kedah lah kan...
tapi kali ni buat simple asal apa ada je, taklah beria macam mak-mak sedara dok masak kat kampung nun...susu cair, tomato soup semua tu takde so tak bubuh...jadi jugak nasi dagingnya even guna beras pendek ja..hiks.
paling utama ayaq asam berkerisik tu la..yang tu kena kaw-kaw terangkat kesedapannya, tip paling senang pastikan belacan sedappp dap dap dan kerisik terbaik.

bila buh kerisik orang dah tak panggil ayaq asam sebenarnya..geng kerabu dah tu.. "kerabu tomato" ;)
kerisik pilihan haruslah didatangkan nun asli dari kampung
nasi daging simple
nak tarik perhatian anak yang kecik-kecik tu...daging dah siap rebus tu boleh je digoreng kunyit...NO kicaplah orang "chickenpox" nak makan juge ;)

October 27, 2016

get well soon!

perasan tak satu iklan ni?
"bila anak nak periksa, saya lah yang lebih risau.
untuk membangkitkan keceriaannya saya masak apa yang dia suka"....ohhh! ':)


seminggu periksa hari-hari makan nasi...hari-hari nak ayam,..kenyang perut suka hati rajin kot mengulangkaji.
abih je exam...baru nak horey?...sabtu bangun pagi tiba-tiba badan penuh chicken poop???
haha..chicken pox la mama ':)
err..takde kena mengena dengan makan ayam hari-hari pon, sila jangan keliru ':)
takde rezeki abanglong bergembira berparty selesainya peperiksaan akhir tahun..
pada hari kanak-kanak peringkat sekolah hari ni..
tumpang gembira tengok gambar kawan-kawan yang di share kat group whatsapp sahajalah

in shaa Allah,..moga menyusul hari-hari gembira untuk abanglong juga lepas-lepas ni, 
cepat-cepat sihat, K :)

October 26, 2016

bila boleh berhenti beli 'choki-choki' ni?

lama sangat dah rasanya sesi memborong choki-choki tu?
sampai dok tak dok viral eskrem batang choki-choki bagai...kes terlebih stok choki-choki lettew...budak-budak bukan nak makan sangat cekelatnya, nak kad boboiboy tu yang lebihnya.
sama jugalah dengan anak-anak aku pon...dari kad empat segi sampai lah yang bersegi-segi pulak
sabar je la emak ni haa, bila anak-anak terjerit-jerit berebut hp, jangan sampai si emak pula yang terjerit-jerit tak dapat pegang hp sudahlah ':)
buat masa ni si ayah saja yang rajin melayan memborong choki-choki automatik hp si ayah la jadi mangsa...bab download apps semua tu apa nak dikata budak-budak sekarang, kan
hihi..bertabahlah si ayah bila apps kerja pon abih di delete dek cik anak dara anje2 ayah ';D


October 22, 2016

peacock bass @tasik Timah Tasoh

assalamualaikum wbt.
hari ni kita sambung cerita ikan...ikan laut sudah..ikan sungai pun sudah
hari ni cerita ikan tasik pulaklah...hiks, macamlah aku yang beria pi pancing ikan-ikan tu.
tasiknya nun di utara tanahair...tasik buatan/empangan yang dinamakan sebagai Timah Tasoh punya ceritanya tersendiri, tapi tak perlu la aku copy paste sini sebab aku tak pasti akan kebenarannya,
kepada yang suka cerita-cerita begitu, google je..ramai dah blogger yang menulis sebenarnya.

Balik ke cerita ikan yang bernama "peacock bass" ni tak pernahlah aku tengok apalagi makan
tapi aku tertarik tengok ikan tu, ada rupa :)..boleh masuk akuarium
nama melayu ikan ni pun aku belum pastikan, tapi aku dah beria nak masukkan dalam notaharianmama :)
dikatakan peacock bass ni berasal dari Amazon, jauh juga datangnya...nasiblah sesuai dengan kehidupan di tasik tu, dapat juga orang-orang sini merasa,
katanya isi ikan agak liat ala-ala isi ikan ayam bila dimasak stail goreng-goreng bercili bersos gitu
mungkin lebih sedap jika dimasak stim atau gulai/kari...

saiznya yang masih kecil, taklah seram sangat nak makan
errr...boleh tahan besar juga sebenarnya
iskh..adik-adik aku ni, adventurous sangat hobi tu
mungkin satu hari aku boleh ikut berkhemah sambil berkelah tepi-tepi tasik tu :)
sambil tunggu adik-adik aku pancing ikan kat tengah tasik...sebab ikan ni dok kat tetengah tasik je.

October 20, 2016

apa saja untukmu 'mama'

berlalu sudah paper PSV tengahari tadi
paper yang anak aku paling buat tak tahu merangkap paper yang paling mak dia excited
dari minggu lepas lagi cikgu dah edar soalan untuk balik buat persediaan tapi biasalah kalau dah nama paper paling buat tak tahu tu, kan..uhukk..sedih sang emak
nasib lah ada parents yang snap&share kat group whatsapp...berhari juga sang emak ambik masa teliti pikir soalan mana yang serasi sesuai dengan 'abanglong' tu
tapi buat senyap dulu tunggu kalau-kalau abanglong bersuara..and YES!..malam tadi, malam tadi okey!...baru nak tanya mamanya dia nak lukis apa esok untuk PSV?

selongkar laci sayur lah nampaknya
pandai pula nak minta prektis dulu...practice make perfect!
haha...bertabahlah anak mama suruh cop corak bunga, darjah 2 baru...bunga pun bungalahhh mama
so, dah ajar sapu kaler, cop semua...nak terang takmo pudar-pudar
sketch jugalah bagi clue sket cemana nak cop susun atur daun dan rose merah mama tu semualah bagi jadi corak cun bak sekeping kertas pembalut hadiah...
hasilnya...balik sekolah tadi dengan gembiranya bagitau mama..."cikgu yang jaga masa periksa PSV tadi tu puji...cantikkk Luqman buat :D"
alhamdulillah...moga dapat A'.. :)

yang beragama islam wajib ambil tahu!

PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA.
KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI.*
*> 1.* Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
*> 2.* Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
*> 3.* Ajinomoto ( Thailand )
*> 4.* Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
*> 5.* Semua tauhu buatan Orang Cina
*> 6.* Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
*> 7.* Sabun FAB berbuku
*> 8.* Lobak Jeruk
*> 9.* Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
*> 10.* Krim Muka Hazeline Snow.

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL.*
*> 1.* Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
*> 2.* Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
*> 3.* Daging Burger Import
*> 4.* Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
*> 5.* Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
*> 6.* Berus Gigi Jenis ' Reach'
*> 7.* Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
*> 8.* Semua sabun mandi yang diimport
*> 9.* Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
*> 10.* Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
*> 11.* Have Pearl Cream
*> 12.* Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
*> 13.* Ubat Kurap buatan Org Cina
*> 14.*. Beehon Segera Siam
*> 16.* Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN 
( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )*
*> 1.* Bosset Wine Gum
*> 2.* Dairy Milk Coklat
*> 3.* Coklat Cadbury/ Chewing Gum
*> 4.* Sugus Strawberry
*> 5.* Passer Doily Mixture
*> 6.* Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
*> 7.* Scothes Vikmin
*> 8.* Share Extra Atrenght
*> 9.* Black Current Jelly
*> 10.* Royal Gulaman & Decart Oranges
*> 11.* Valvis Gelatin
*> 12.* Sarung Kapsul Ubat
*> 13.* Ais Krim dalam bekas plastik
*> 14.* Gula-gula Fruities
*> 15* Cake Mets Vilber Punch
*> 16* Coklat Cake
*> 17* Tepung Kastard Lady's Choice
*> 18* Semua jenis Jelly
*> 19* Semua jenis gincu bibir
*> 20* Keseluruhan Jenis Sheisedo
*> 21* Lady's Choice Jelly

*SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA*
*> 1* BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
*> 2* PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
*> 3* MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
*> 4* RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
*> 5* SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
*> 6* KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
*> 7* TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas.
Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

*TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA..*

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
*AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN.!*
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.
 http://www.ismaweb.net/2016/08/lembu-diimport-babi-pula-dieksport-ridhuan-tee/ 

October 19, 2016

lonte

kita sebut nama panjang dia lah "lontong sate"
...senang orang nak paham dan tak pikir kelain sangat
sejenis makanan yang datangnya dari belah-belah selatan negara kita...asal Medan katanya
ada bunyi lontong-lontong tu kan...kalau di imagine kan lontong dimakan dengan sate,
biasa jer tu..raya-raya selalu je jumpa ;)
haipp...apa-apa pun jom cuba dulu, lontong 'lonte' bukan semborangan lontong yea
beras dihimpit dalam gulungan daun pisang lain rasanya dengan nasi himpit bungkus plastik
lawankan dengan kuah kacang seakan kuah sate..rasa je lain sket seakan kuah pecal gitu.

"lontong sate Meru"

October 18, 2016

keropok lekor beli kat Kemaman

assalamualaikum wbt.
ampunkan kejakunan cheq naaa, bukan selalu dapat makan keropok asli dari terengganu gini.
wahhh! sesekali goreng sendiri kepok lekor...siap bergambar step by step..hikhiks
ikut sebijik-sebijik apa penjual tu petua tau ;)...dan rasanya, memang lain lah compare keropok lekor yang kita biasa beli kat sini...lenkali kena beli lebih :D

defrost dan rebus
potong biar nipis baru ada krup krap krup krapnya..dah sejuk liat juge ':)
sekali pakej sos pencicah...
selamat menikmati minum petang :)

October 17, 2016

munajat dipinta barakah didamba

Ya Allah,
permudahkanlah anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan...
kurniakanlah ketenangan di hati mereka...
kurniakanlah kekuatan agar mereka terus bersemangat mengulangkaji dalam masa yang berbaki...
ingatkanlah perkara yang mereka terlupa...
ilhamkanlah ke hati mereka untuk menjawab yang terbaik.
Ya Allah...
kurniakanlah kejayaan buat mereka di dunia dan di akhirat.
Berkatilah guru-guru yang berjuang mendidik dan membimbing mereka.
Amin ya robbal a'lamin


October 15, 2016

makan ikan with style?...gituu ':)

abis dah ke belum kecoh-kecoh pertikai bini orang siang buang perut ikan sardin tu hari?
..hihi, paling aku tak boleh lupa kat si sardin yang dapat gelaran ikan tecekik leher tu,..
beria aku cari balik nak simpan gambar 4ekor sardin tu dalam entry hari ni.
Tapi hari ni aku bukan nak tulis pasal ikan sardin,kita makan ikan besar sket la memandangkan abangZariff kita bawa balik ikan besarrr nyaaa.
Cara paling style maksud aku tu bila kita makan ikan besar-besar ni ikan tak perlu diterbalikkan,
pinggan tak comot kuah tak terpercik...
lain la ceritanya bila kita makan sesama adik beradik family kita biasanya makan dengan tangan
bila dah habis makan sebelah, selamba dekkk je sorang tu terbalikkan ikan guna tangan dia sebab nak makan yang sebelah lagi,
tapi kalau makan kat luar, makan semeja bulat dengan yang ala-ala berprotokol sket ke, hiks...
pakai sudugarfu chopstik bagai...selalunya yang ala protokol-protokol ni makan rasa-rasa je,
takdenya dia bangun beria nak terbalikkan ikan besar tetengah meja tu..kan ke comei bila kita yang buat tu,..angkat tulang besar tetengah ikan tu guna sudu garfu ke chopstick, alihkan ke piring lain...lepas tu baru sambung cubit ikan..style,kan ;)..eh..eh, si protokol sambung berebut cubit ikan la ;)
*menjadi kepantangan orang di lautan juga sebenarnya, makan ikan besar-besar kat atas kapal ke dalam bot pi mancing ke tak boleh terbalikkan ikan dalam pinggan tau..sebaliknya alihkan saja tulangnya.

ikan darat ikan laut
testing2x one..two..three

October 12, 2016

memori buah cempedak

cerita budak kampung datang lagiii!
sorry la, tahun ni aku terlebih feeling pulak dengan pokok cempedak tinggalan arwah ayah aku ni, bila aku scroll balik gambar-gambar dalam hp aku tu...tiap kali aku balik kampung ada je aku snap gambar pokok cempedak ni, kenapa pokok cempedak je..nun pokok durian, rambutan, ciku, mangga, pisang, pulasan, mata kucing segala bagai lagi tu kang kecik hati takmo berbuah aku juga kang yang tak dapat menikmati hasil tanaman tinggalan ayah.
Sejak tahun lepas lagi aku perasan ayah aku dah tak berapa hiraukan buah-buah kat pokok cemepdak tu, berbeza sebelum-sebelum tu masa kosongnya dihabiskan dengan menganyam daun kelapa dan disarungkan ke setiap biji buah cempedak yang sedang membesar, ada juga antara anak-anak buah yang dibuang untuk memberi ruang buah cempedak yang pakai sarung tu membesar dengan jayanya. Rupanya ayah nak bagitau buah cempedaknya masih boleh dimakan anak cucu walaupun dia sudah tiada lagi nanti...gitulah rupa bergayutan buah cempedak comel-comel jer saiznya, tak ada sarung, masing-masing berlumba sesama sendiri membesar setakat ruang mampu milik yang ada. Petik buahnya dan bungkus dengan suratkhabar setiap sebiji dan peramlah kat rak dapur memasing, jangan letak atas lantai yang sejuk pula, nanti buah tak boleh masak..tau-tau buruk camtu je.

yang bersarung plastik membesar elok tu dah ada yang choop ke tu :D...sila-sila, ambil dan makanlah wahai sedara-sedaraku.
yang comel-comel tu bagi aku, senang aku nak kilik ala berdumbell2 bak kata dato' qu puteh :)
cempedak comelku sudah berbau...wangi sedapur..hmmm! comel bukan sebarang comel ye.
geramnya aku tengok...comel jer dok bersembunyi di sebalik rerambu, angkat dan masuk mulut ntah berapa tak terkira :D
mana yang sempat masuk tepawe bolehlah frozen dan digoreng bila-bila terasa nak makan, alhamdulillah.

October 7, 2016

dihujani bahagia

segar bugar semangat berkobar aku nak update blog pagi ni, terima kasih hujan buat mood aku bahagia. Hujan rahmat lebat mencurah kejutkan bangun pagi-pagi Jumaat ni. Bangun2x,Allah nak bagi rezeki. Kalau sebelum ni time hujan lagi nak tarik selimut mengeram bagai, eh! eh! mana azam tahun barunya, hiks.
Selepas maghrib malam tadi.. surprise!
tiba-tiba si dia terjengul depan pintu, balik sekejap-sekejap jenguk anak bini, tahun depan harga minyak dah naik banyaklah kerja dah tak boleh selalu-selalu balik lagi. Kita-kita kat darat ni pun silalah bersedia dengan kenaikan harga minyak tak lama lagi.
Lepas Isyak malam tadi pergi 'q'  kat burger sedap bawah pokok, ada pulak "hamba Allah"  yang senyap-senyap dah bayarkan burger aku dan anak-anak. Debar dup dap dup dap ala-ala zaman secret admirer dok curi-curi belanja pulak aihh.. hihi, apa pun tqsm kepada "hamba Allah"  yang telah bersedekah kepada anak-anak aku la rasanya malam tadi, anak-anak aku tu selalu jer ada 'hamba Allah' yang nak bersedekah kat diorang, aku dan anak-anak doakan beliau semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yang berlipat ganda, aminnn.
aku takmo pening, pikir positif je la.

gambar hiasan semata ;)

October 5, 2016

manisnya pengalaman @kapal TLDM | KD Hang Tuah

salam awal Muharram 1438H
mulakan tahun baru dengan yang manis-manis sebagai kenangan, moga-moga yang manis-manis sahaja mengiringi sepanjang tahun, amin.
ceritanya sudah lama...zaman pot pet pot pet "Kapten Mukhriz" tu hari, semalam di Sri Lekir membuahkan rezeki sekeluarga ke pangkalan TLDM Lumut...dan berezeki bersiar-siar di dalam salah sebuah kapal TLDM yang sedang berlabuh "KD Hang Tuah"
cukuplah sebuah...biarpun baru pukul 10pagi, teriknya sangat terasa padahal kereta parking kat jeti sebelah tu je, pengalaman pertama katanya, ada rezeki kita jengok KD yang lain pulak...ada hati nak beramai-ramai pada Hari Terbuka TLDM yang diadakan setiap tahun tu ye? syok apa :)